Nuffnang Ads

Isnin, November 21, 2011

Madu Tualang

Sabda Rasulullah, "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Anda tentu tahu madu lebah merupakan makanan yang terbukti berkhasiat.

Madu lebah telah disebutkan di dalam Al-Quran di dalam Surah An-Nahl (surah lebah) sebagai ubat yang mujarab. Ianya merupakan penawar yang diturunkan Allah kepada manusia.

Antara khasiat madu lebah adalah :

Antarakhasiatmaduadalah:

  • Meningkatkan antibodi tubuh, melindungi dari penyakit dan sebagai anti barah (anti-cancer)
  • Merawat keletihan, memberikan tenaga dan membantu dalam hubungan suami-isteri
  • Membantu melegakan resdung, kahak, sakit tekak dan merawat batuk yang berpanjangan
  • Membantu anda tidur dengan lebih baik dan melancarkan sistem pencernaan badan
  • Mempercepatkan penyembuhan luka, menguatkan tulang dan melegakan migrain
  • Melambatkan menopaus di kalangan wanita berusia dan menambah hormon
 Banyak lagi kelebihan madu yang tidak saya senaraikan. Kajian demi kajian telah dilakukan terhadap madu dan benar ia terbukti mampu menjadi satu cara semulajadi untuk melidungi keluarga kita dari penyakit.


Oleh itu saya ingin menjemput anda sekeluarga mengamalkan meminum dua sudu madu sehari sebagai satu suplemen semulajadi yang membantu anda sekeluarga merawat dan mencegah penyakit.


Madu Tualang. Madu Terbaik Dunia Yang Diperolehi Dari Hutan
Pencari madu tualang bersiap sedia untuk memanjat ...

Terdapat dua jenis utama madu iaitu madu yang di perolehi melalui lebah yang dipelihara dan madu yang diperolehi dari lebah liar.
Madu lebah tualang merupakan madu yang diperolehi daripada lebah liar yang membina sarangnya di pokok-pokok tinggi di dalam hutan (kadangkala setinggi bangunan 10 tingkat!).

Kelebihan madu tualang berbanding madu yang terdapat di pasaraya adalah kualiti dan khasiatnya yang jauh lebih tinggi. Mengikut kajian yang dilakukan oleh UPM, madu tualang mempunyai khasiat 5 kali ganda lebih tinggi berbanding madu lebah yang dipelihara!

Berbeza dengan madu lebah pelihara yang mendapatkan nektar daripada bunga yang ditanam, lebah tualang memperolehi nektar daripada pelbagai spesis bunga-bunga hutan liar yang mengandungi pelbagai khasiat dan tidak dicemari racun tumbuhan.
Tinggi pokok Tualang boleh mencapai 100 meter dan boleh hidup lebih 100 tahun. Ukur lilit batangnya 4-5 pemeluk orang dewasa

Keistimewaan yang paling unik pada madu tualang adalah dari kepelbagaian sumber nektar yang diperolehi di dalam hutan berbanding dengan lebah pelihara yang hanya mendapatkan nektar pada sumber yang terhad. Ini membuatkan madu tualang lebih tinggi khasiatnya dan mempunyai aroma yang sangat unik.


Apis Dorsata. Lebah gergasi yang membina sarang di atas pokok tualang.
Salah satu sebab lagi mengapa madu tualang mempunyai khasiat yang tinggi adalah disebabkan oleh lebah yang memungut madu tersebut.

Lebah gergasi yang menghasilkan madu tualang berbeza dengan lebah ternak. Kita dapat melihat perbezaan yang ketara pada saiz dan tingkahlakunya yang agresif. Lebah tualang (apis dorsata) tidak boleh diternak dan ia hanya hidup liar.
Lebah tualang ini mempunyai daya tahan
penyakit yang tinggi berbanding lebah ternak . Ia juga mampu terbang dan membiak dengan pantas.

Madu tualang merupakan antara madu yang diperakui terbaik di dunia. Berikut merupakan kelebihan madu tualang berbanding madu dari lebah yang di pelihara:

  • Mempunyai antioksida yang jauh lebih tinggi dari madu lebah ternak
  • 5 kali lebih banyak khasiat dari madu lebah yang dipelihara (kajian UPM 1995)
  • Mempunyai campuran propolis dan polen lebah (bee pollen)
  • Sumber nektar dari pelbagai bunga hutan organik dan tidak mengandungi racun
  • Sesuai diamalkan sebagai suplement yang memberikan nutrien lengkap
 CARA MENGUJI KETULENAN MADU LEBAH ASLI

1. Ambil mancis api, kemudian bakar madu lebah tersebut. Madu Asli akan membuat mancis aka terus menyala.

2. Titiskan madu di alas kertas. Madu asli tidak akan tiris.

3. Ambil sesudu madu,kemudian masukkan ke dalam air putih. Madu Asli lebih tumpat daripada air.

4. Titiskan madu pada kuku. Madu Asli akan memakan masa untuk menitik.

5. Masukkan madu ke dalam plastik aiskrim dan simpan di dalam freezer. Madu Asli tidak akan beku atau keras. (Madu kenyal seperti agar-agar/jeli dan cair selepas 10 minit di keluarkan dari freezer)

6. Ambil 2 sudu besar madu lebah campurkan sebiji kuning telur Kuning telur akan separuh masak.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

makan dgn sudu plastik tak cakap pun.....
(cara2 makan?)...........

namialus67 berkata...

Terima kasih encik "Tanpa nama",atas ingatan anda,madu ni bila kita minum kena pakai sudu plastik untuk kekalkan khasiatnya.Kalau pakai sudu besi khasiatnya akan hilang.Lagi satu jangan tutup botol madu dengan penutup plastik atau gabus,tutup sahaja dengan plastik dan ikat dengan gelang getah.Jangan sesekali simpan madu dalam peti sejuk pun boleh menghilangkan khasiatnya.Simpan sahaja dalam gerobok yang tertutup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: