Nuffnang Ads

Ahad, November 20, 2011

Saintis cipta kereta boleh lipat


CAMBRIDGE – Sekumpulan saintis di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) berjaya mencipta sebuah kenderaan futuristik yang boleh beroperasi dengan sendiri.
Pengarah projek di MIT, Bill Mitchell berkata, rekaan yang dikenali sebagai City Car itu boleh membawa penumpangnya ke destinasi secara automatik menerusi kawalan komputer sepenuhnya.
“Kami mencipta kenderaan serba moden termasuk boleh mencari ruang meletak kenderaan dengan sendirinya,” katanya.
SEORANG pelajar melihat model kereta yang boleh dilipat untuk menjimatkan ruang di MIT, Massachusetts.
Mitchell berkata, dia berharap untuk menjadikan kereta itu sehingga ke peringkat pembuatan dalam masa tiga ke empat tahun akan datang.
Tambahnya, kenderaan itu masih belum dihasilkan tetapi prototaip mini kini dipamerkan di muzium kampus universiti tersebut.
Beberapa jurutera dan arkitek dalam pasukan tersebut yakin bahawa ciptaan itu mampu mencapai sasaran sebagai satu penyelesaian bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di seluruh bandar di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.
Pereka kenderaan itu, Franco Vairani berkata, kenderaan itu sangat kompetitif kerana ia boleh dikecilkan dan ketika diletakkan, ia hanya perlu dicangkuk kepada satu soket elektrik untuk mengecas.
Kereta yang mempunyai dua tempat duduk itu berkeluasan separuh daripada saiz kereta kompak yang terdapat di pasaran dan lebih kecil berbanding kereta Smart keluran Mercedes Benz. – Reuters



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: