Nuffnang Ads

Rabu, November 16, 2011

Seks pelik punca mati pucuk

90 peratus lelaki akil baligh di negara ini pernah melakukan onani, dan trend itu, menurut Bonda, bakal menyebabkan lelaki Malaysia ‘pupus’.












AMIR (bukan nama sebenar) kini berumur 21 tahun. Dia yang berasal dari Kuala Lumpur datang daripada keluarga berada. Namun dia mempunyai kisah hitam tersendiri.
Sejak akil baligh pada usia lapan tahun, dia gemar melakukan hubungan seks luar tabii. Malah apabila umur Amir berganjak 16 tahun, dia obses melayari laman web lucah.
Lebih mengejutkan, dia turut mendapatkan pam vakum erotik untuk memuaskan nafsu. Tetapi tindakan itu ternyata memudaratkan dirinya sendiri.
Pam vakum ereksi senang diperoleh melalui Internet. Ia merupakan alat yang dipercayai dapat memanjangkan serta membesarkan zakar.
Bukan Amir sahaja yang menggunakan alat tersebut bahkan abang serta rakannya.
Malangnya, alat itu menyebabkan kerosakan alat kelamin hingga air mani kerap meleleh selain merosakkan saraf zakar.
Amit ternyata kesal, tetapi mujurlah pakar perubatan tradisional, Ummul Hanna, 60, atau lebih dikenali sebagai Bonda berjaya memulihkannya.
Berdasarkan pengalaman Bonda selama lebih 30 tahun merawat ribuan zakar di negara ini, lelaki Malaysia sememangnya obses dengan seks.
Namun, ia perlu dilakukan mengikut saluran yang betul dan jangan melakukan onani.
"Sebahagian besar kes zakar bermasalah yang saya terima disebabkan onani. Malah saya yakin 90 peratus lelaki baligh di negara ini melakukan onani tidak kira remaja atau orang tua.


BONDA mengingatkan kaum lelaki supaya melampiaskan keinginan syahwat dengan cara yang betul.



"Hakikatnya tindakan itu berbahaya kerana boleh merosakkan zakar. Ini termasuk kerandut zakar menjadi keras dan berkeping sekali gus menjejaskan fungsi aliran air kencing," katanya.
Bonda juga menolak mitos amalan onani bagi membuang sperma yang tidak berkualiti selain 'mencuci' bahagian kemaluan itu.


PENJUALAN ubat dan produk seksual secara terbuka mungkin membuktikan lelaki Malaysia obses seks.



"Tiada bukti sahih baik tradisional mahupun saintifik yang mengesahkan perkara tersebut. Malah ia hanya pembohongan semata-mata selain dilarang dari sudut agama.
"Golongan lelaki perlu melampias seks dengan cara yang baik dan kaedah yang betul. Jangan malu bertanya kepada mereka yang pakar tentang masalah seks kerana jika tersilap langkah ia boleh memudaratkan diri," ujar Bonda lagi.

Pulih tenaga batin lelaki


Biarpun dicaci, Bonda sudah rawat lebih 1,000 lelaki lemah seks. 



BONDA menunjukkan minyak ramuan akar-akar kayu untuk urutan batin. 


SEGALA-GALANYA bermula ketika dia pulang ke Kampung Kelola di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang lebih tiga dekad lalu. Waktu itu dalam usia baru 27 tahun, Ummul Hana hairan dengan pujian penduduk setempat terhadap moyangnya yang digelar Tok Pawang Daud.

“Saya nak tahu kenapa orang kampung sering kata Tok Aki hebat. Lalu masa dia sedang mengasah parang panjang, saya cuba tanya,” bicaranya yang lebih selesa membahasakan diri sebagai Bonda ketika ditemui di rumahnya di Bachang, Melaka.

Akibatnya, kepala beliau nyaris bercerai daripada badan. Apa tidaknya, soalan tersebut menyebabkan moyangnya itu menghayun parang hampir mengenai leher Bonda. Ironi, Tok Aki cuma senyum semacam tahu cicitnya itu bakal mewarisi ilmu urut keluarganya.
Dari situ barulah Bonda faham tindakan Tok Aki nyaris memenggal kepalanya itu kerana tergamam mendengar soalan tersebut. Walhal semua anak lelakinya seumur hidup tidak pernah malah takut bertanyakan rahsia kehebatan bapa mereka itu.

“Bukan sembarangan orang boleh belajar waima cucunya sendiri pun tidak tahu.
“Namun Tok Aki akhirnya mendedahkan segala misteri dan rahsia urut batin diwariskan untuk Bonda pula agar ilmunya itu tidak ‘putus’ setelah dia meninggal dunia,” imbaunya lagi.
Bayangkan untuk ‘pelajaran’ pertama, Tok Aki membuka bungkusan kain putih mengandungi teras kayu merbau sebesar lengan orang dewasa. Ia diukir berkilat menyerupai kemaluan lelaki yang lengkap dengan urat, bulu halus, biji zakar dan lubang kencing.
Hari ini dalam usia 60 tahun, Bonda nyata bukan calang-calang tukang urut dan mungkin bomoh wanita tunggal di Malaysia.

Beliau hingga kini telah memulihkan lebih 1,000 zakar lelaki bermasalah termasuk kes mati pucuk kronik yang gagal dirawat pakar perubatan moden.
“Wanita biasa barangkali akan malu tetapi Bonda rasa sebaliknya. Tugas ini Bonda buat demi membantu masyarakat dan bukan untuk memuaskan nafsu seks.
“Agaknya sebab itu Tok Aki ‘berani’ ajar malah Tok Aki tahu ilmu tersebut tidak akan disalahgunakan,” katanya jujur.

Selepas tiga tahun berguru dengan Tok Aki, ibu tunggal dengan lima anak itu kemudian membuka dua buah salon rawatan kecantikan wanita di ibu kota. Bonda cuma menjadi bomoh urut sepenuh masa pada usia 40-an hasil simpanan wang bisnes salonnya itu.
Kerjaya urut alat kelamin yang diusahakannya hanya bermula sebaik saja dia pulang ke tanah air setelah memperoleh segulung diploma.

Bonda ialah graduan bidang kaji saraf dan seksologi dari sebuah sekolah perubatan ternama di Jakarta, Indonesia pada awal 1980-an.
“Mungkin sebab itu ribuan klien lebih yakin kerana Bonda tidak sekadar menumpang nama Tok Aki. Cara kerja Bonda juga profesional malah Bonda membuat ‘perjanjian’ tidak sekali-kali jatuh cinta dengan pesakit biar macam mana hebat sekalipun zakar mereka,” selorohnya.
Bagi mendapatkan rawatan, bakal pelanggan perlu menghubunginya terlebih dulu untuk temu janji.

Sebelum datang, Bonda akan bertanya pelbagai perkara peribadi khasnya sejarah diri sama ada pernah mengalami kecederaan di mana-mana anggota badan.
Setiap rawatan lazimnya mengambil masa tiga sesi dan satu sesi biasanya berlangsung sekitar sejam mengikut tahap keseriusan masalah.

BONDA MENERANGKAN KEDUDUKAN URAT SARAF PESAKIT YANG BERMASALAH SEBELUM MEMBERIKAN RAWATAN.



Bagi keselesaan klien, Bonda tidak menetapkan waktu khusus untuk rawatan malah kadar bayaran juga boleh dirunding. 

“Tidak hairanlah ada pesakit yang datang tengah malam atau menjelang subuh sebelum pergi kerja. Ada juga yang datang dari Brunei, Sarawak dan Singapura. Mereka sanggup tunggu Bonda untuk menetapkan waktu rawatan,” jelasnya. 

Sebelum memulakan rawatan, beliau akan memeriksa setiap titik pada tubuh pesakit dan mencatatkan di beberapa lampiran kertas semakan diagnostik yang memaparkan rajah anggota badan. Tanda O bermaksud tiada kesakitan dirasai sementara tanda X bererti ada kesakitan. 

Bonda memang amat teliti dan tidak kekok membetulkan balik urat pada kerandung zakar jika alat kelamin itu didapati bengkok beberapa darjah tanpa pelanggan itu berasa sakit atau terangsang nafsu. Kebanyakan kes yang dirawatnya, menurut Bonda, adalah akibat suka melakukan onani. 

“Secara jujur, Bonda agak sedih apabila mendapati banyak tukang urut seks di pasaran boleh menyebabkan pesakit mereka ketagih melakukan onani. 

“Ini diakui pelanggan yang jumpa Bonda selepas mendapatkan rawatan dengan bomoh ‘palsu’ itu,” tegasnya kesal. 

Justeru, beliau melahirkan kebimbangan mengenai trend onani di kalangan generasi muda kerana berdasarkan pengalaman ketika memulihkan zakar ribuan pesakit itu ia menunjukkan 80 peratus remaja mengalami masalah mati pucuk kerana gemar melancap. 

Malangnya, usaha Bonda merawat zakar lelaki kerap dianggap tidak bermoral. Bonda pernah dicaci termasuk menerima panggilan berbaur lucah. 

Namun beliau tetap tabah kerana berpegang kepada amanat Tok Aki yang yakin niat Bonda menjadi garis sempadan. 

Meskipun sudah memulihkan ribuan lelaki daripada umur serendah belasan tahun hingga orang kenamaan berusia emas, Bonda merendah diri menasihatkan golongan lelaki lemah batin supaya jangan malu membicarakan isu kelamin asalkan mengikut saluran yang sepatutnya. 



INFO 

PETUA BONDA 

-Ukuran batang zakar yang panjang bukan penentu kepada tahap kepuasan suami dan isteri ketika melakukan hubungan seksual. Justeru, elak pengambilan ubat tertentu untuk memanjangkan zakar kerana dibimbangi ia boleh menyebabkan kesan sampingan. 

-Lelaki yang gemar melakukan onani kan mengakibatkan kerandut zakar mereka menjadi keras dan berkeping sekali gus menjejaskan fungsi aliran air kencing. 

-Makan dan Minum perlu seimbang. Pastikan kadar makanan daripada sumber panas seperti daging dan kacang diambil sejajar dengan nilai kuantiti hidangan yang berasaskan sumber sejuk seperti tembikai dan timun. 

-Sentiasa melihat corak pancutan air kencing ketika membuang air kecil. Anda mungkin bermasalah dengan zakar jika kerap atau langsung gagal kencing selain arah pancutan bercabang, bengkok sebelah atau masih ada baki meleleh selepas kencing. 

-batang zakar yang normal lazim akan menegang sebaik bangun daripada tidur pada waktu pagi dan terangsang secara terkawal apabila melihat punggung wanita cantik. 

-Pengambilan makanan berasaskan rempah berkari adalah baik untuk memanaskan tubuh sebelum membuat hubungan kelamin dan menjadikan lelaki lebih tahan lama. Juga amalkan meminum segelas susu segar sebelum dan selepas bangun tidur. 

-Jaga pernafasan ketika bersetubuh. Teknik yang betul ialah tahan nafas untuk berkumpul di paru-paru dan lepaskan perlahan-lahan bagi merangsang hati dan seterusnya memberi isyarat kepada otak untuk menegangkan zakar sebelum memancutkan air mani. 

-Elak terus mandi sejurus melakukan hubungan jimak kerana ini boleh menyebabkab alat kelamin yang masih panas itu tina-tiba sejuk. Kata Bonda, ia boleh merosakkan alat kelamin lelaki! 

Apakah akibatnya jika anda seorang penagih onani. Bagaimana merawat mati pucuk. Bagaimana memuaskan nafsu isteri. Jangan dengar rakaman ini jika anda berfikiran sempit.

PART1


PART2


PART3


Source Link : http://amalanbonda.blogspot.com/2011_02_01_archive.html

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: