Nuffnang Ads

Isnin, Disember 12, 2011

Awas Jangan lama di dalam tandas



ALAT seperti senapang ini adalah antara kaedah mengurangkan derita pesakit buasir, namun kosnya RM2,000 sebuah mungkin tidak mampu ditanggung semua orang.


KUALA LUMPUR - Tahukah anda, tabiat membuang air besar secara mencangkung selain mengambil masa yang lama ketika membuang air besar merupakan antara faktor menyebabkan seseorang menghidap penyakit buasir.

Menurut pakar bedah kolorektal dari sebuah hospital di Vietnam, Hau Van Nguyen, kebanyakan pesakit buasir atau haemorrhoid yang dirawat terdiri daripada kalangan mereka yang mempunyai kedua-dua tabiat itu.
"Ini menyebabkan warga kota tidak ramai menghidap buasir seperti penduduk di pedalaman kerana mereka lebih banyak menggunakan tandas duduk,'' katanya ketika ditemui pada Persidangan Kolerektal Malaysia ke-6 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) semalam.
Pengerusi Persatuan Pakar Bedah Kolorektal Malaysia, Dr. Akhtar Qureshi turut bersetuju apabila berkata, penyebab utama buasir adalah tabiat membuang air besar terlalu lama.
"Ia menyebabkan tisu otot membengkak, berdarah dan terkeluar dari dubur,'' katanya.
Katanya, kini terdapat kaedah baru menggantikan kaedah konvensional iaitu Procedure for Prolapse and Haemorrhoids (PPH) yang boleh mengurangkan kesakitan semasa dan selepas pembedahan buasir.
"Pembedahan melalui cara ini adalah atas pilihan pesakit kerana kos alat yang digunakan iaitu RM2,000 setiap satu dan hanya sekali pakai sahaja.
"Ia bukan sahaja boleh mengurangkan kesakitan tetapi juga boleh mempercepatkan waktu pemulihan dan boleh kembali kepada aktiviti harian dalam masa kurang dari seminggu,'' katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: