Nuffnang Ads

Ahad, Disember 04, 2011

Salap sempitkan salur pernafasan

TREND perawatan yang memfokus kepada psikologi menyebabkan banyak pengeluar produk kesihatan melakukan penipuan.

SALAP mentol satu jenama besar yang digunakan untuk melegakan pernafasan yang tersumbat dalam kalangan kanak-kanak mungkin sebenarnya membuatkan keadaan mereka lebih teruk.

Ia dikatakan dapat menyebabkan radang, meningkatkan pembentukan mukus dan melambatkan pembersihan mukus itu yang kemudian berpotensi menambah buruk masalah pernafasan bayi dan kanak-kanak di peringkat awal usia.
“Dalam kalangan kanak-kanak yang hipersensitif, ia dapat menyempitkan saluran pernafasan. Ia boleh sampai ke tahap membunuh,” kata Dr. Bruce K. Rubin, Timbalan Pengerusi Jabatan Pediatrik di Sekolah Perubatan Universiti Wake Forest di Winston-Salem, Carolina Utara.
Menurutnya, salap tersebut hanya memesongkan fikiran agar memikirkan bahawa saluran pernafasan sentiasa terbuka berikutan kandungan aktif seperti mentol, camphor dan minyak eucaliptus yang mencetuskan selesema, sedangkan hidung terus tersumbat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: