Nuffnang Ads

Rabu, Disember 07, 2011

Usah ghairah pasang penjimat minyak


KUALA LUMPUR - "Jangan ghairah mahu menjimatkan petrol hingga terpaksa menanggung kerugian." 
Nasihat itu ditujukan kepada orang ramai yang kini tercari-cari cara berkesan menjimatkan penggunaan petrol untuk kenderaan masing termasuk memasang alat penjimat bahan api itu yang banyak di pasaran ketika ini.

Pengarah Pusat Pembangunan Automotif Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Dr. Azhar Abdul Aziz berkata, kebanyakan alat penjimat petrol yang dijual tidak menunjukkan penjimatan yang ketara.
"Tanya penjual bukti saintifik dan kesahihan barang yang dijual sebelum membeli sama ada carta gaya laku (prestasi) yang menunjukkan kelebihan pemasangan alat dengan keadaan tanpa alat itu dipasang," katanya.
Tambahan katanya, penjual kadangkala menunjukkan data yang dikumpul di luar negara dan ini tidak sama keadaannya dengan kegunaan di negara tropika seperti Malaysia.
Sepatutnya mereka yang menjual alat sedemikian lebih bertanggungjawab dengan melakukan beberapa siri ujian prestasi alat mereka dalam suasana penggunaan di Malaysia dan ujian itu pula semestinya dalam satu julat waktu yang lama.
"Pendek kata pengguna harus lebih bijak dalam mengajukan soalan yang bersifat prestasi dan kelasakan sebelum berpuas hati dan terpikat dengan peralatan ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: