Nuffnang Ads

Sabtu, Januari 21, 2012

Ditahan tunggang motosikal tanpa tangan

BEIJING - Polis China mengeluarkan amaran terhadap seorang pemandu orang kurang upaya (OKU) selepas dia didapati menunggang motosikal tanpa kedua-dua belah tangan, lapor sebuah akhbar.
OKU tersebut, Liu Yeung, 27, dari Jimo dikesan
memandu motosikal yang diubah-suai khas bersama dua pembonceng.
"Kami hanya menyedari dia tidak mempunyai tangan ketika dia ditahan. Liu memandu menggunakan badannya," kata seorang pegawai polis.
Liu dipercayai sudah menunggang motosikal tersebut sejak beberapa tahun lalu setelah dia cacat semasa masih kecil akibat menyentuh kabel elektrik sehingga merosakkan kedua-dua tangannya.
Ibu bapa Liu pernah menyerahkannya kepada pihak pengurusan sarkis ketika dia berumur 10 tahun dan memperoleh pendapatan dengan menunggang basikal.
Liu Yeung, 27, dari Jimo dikesan memandu motosikal yang diubah-suai khas bersama dua pembonceng.
"Lelaki itu menyangka polis menahannya kerana membawa dua pembonceng tetapi Liu terkejut setelah kami beritahu dia ditahan kerana menunggang motosikal tanpa tangan," kata polis.
Liu menganggur setelah syarikat sarkis tersebut muflis tiga tahun lalu dan sejak itu dia memperoleh pendapatan dengan menjalankan operasi teksi motosikal di bandar Jimo. - Agensi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: