Nuffnang Ads

Ahad, Januari 01, 2012

Israel akui ambil organ penduduk Palestin

Keadaan mangsa yang kehilangan organ dalamannya - Link

BAITULMAQDIS - Israel akhirnya mengakui bahawa dalam tahun 1990-an, anggota-anggota forensiknya mengambil organ manusia termasuk jenazah penduduk Palestin tanpa kebenaran keluarga mereka.

Isu kontroversi tersebut ditimbulkan berikutan pendedahan media berhubung satu wawancara dengan bekas ketua Institut Forensik Abu Kabir di Israel, Dr. Jehuda Hiss.
Wawancara itu dilakukan pada 2000 oleh seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS) yang kemudian mendedahkannya kepada media.
Dia berbuat demikian untuk menyokong dakwaan sebuah akhbar Sweden yang melaporkan pada musim panas lalu bahawa tentera Israel membunuh penduduk Palestin untuk mengambil organ mereka.
Israel sebelum ini bermati-matian menafikan melakukan pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu.
"Kami bermula dengan mengambil kornea mata mereka. Apa yang kami lakukan tidak didedahkan dan tanpa kebenaran keluarga mereka (penduduk Palestin)," kata Hiss.
Laporan sebuah stesen penyiaran Internet, Channel 2 menyatakan, pakar-pakar forensik di Abu Kabir mengambil kulit, kornea, injap jantung dan tulang mayat askar Israel, warga Israel dan jenazah penduduk Palestin dan mayat pekerja asing tanpa kebenaran saudara mara mereka.
Dalam maklum balas mengenai laporan saluran berita itu, tentera Israel mengaku perbuatan tersebut berlaku.
"Aktiviti itu berakhir sedekad lalu dan ia tidak diteruskan," kata satu kenyataan tentera Yahudi. - AP

2 ulasan:

Shafiq berkata...

'...dan ia tidak diteruskan.'
Tak boleh nak percaya kalau rejim Zionis yang cakap camtu..

Namialus67 berkata...

Betul tu Shafiq,saya pun berpendapat begitu...Tq atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: