NUFFNANG

Ahad, Januari 22, 2012

Lokasi Atlantis sudah dikesan?


LONDON - Mungkinkah imej segi empat tepat yang dikesan di Lautan Atlantik merupakan kota Atlantis yang tenggelam dan pernah disebut oleh ahli falsafah Yunani, Plato?
Plato percaya Atlantis merupakan sebuah pulau
yang bertamadun tinggi dikelilingi dinding dan tenggelam akibat gempa bumi dan banjir kira-kira 12,000 tahun lalu.
Gambar berbentuk segi empat itu dirakam menerusi enjin carian Google Ocean di Internet oleh jurutera pernerbangan, Bernie Bamford.
IMEJ segi empat tepat yang dianggap lokasi Atlantis dikesan oleh Google Ocean di Lautan Atlantik.
Kawasan itu terletak 997.79 kilometer dari luar pantai barat Afrika tidak jauh dari Sepanyol dan Kepulauan Canary.
Kurator arkeologi bersejarah di Universiti Negeri New York, Dr. Charles Orser menganggap penemuan itu sebagai sesuatu yang amat menarik.
"Lokasi itu merupakan tempat yang paling terkenal sebagai kemungkinan Atlantis seperti yang digambarkan oleh Plato," katanya.
Legenda Atlantis sudah lama berada dalam imaginasi ahli akademik selama berabad-abad lamanya.
Populariti legenda itu mendorong penerbitan siri drama Man From Atlantis yang menampilkan aktor Patrick Duffy sebagai manusia yang mampu hidup dalam lautan. Siri itu amat popular pada 1970-an. - Agensi


Gambaran Bandaraya Atlantis sebelum tenggelam kedasar lautan.
Lokasi tenggelamnya Bandaraya Atlantis.
IMEJ segi empat tepat yang dianggap lokasi Atlantis dikesan oleh Google Ocean di Lautan Atlantik. 

VIDEO

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: