NUFFNANG

Isnin, Februari 06, 2012

Ditindih Hantu atau paralisis?

Ramai yang kata ternampak ‘benda’ tertentu yang menindih tubuh mereka hingga tidak boleh bergerak. 
Adakah itu sekadar cerita rekaan kerana tidak tahu hendak
menghuraikan fenomena lumpuh sementara?


RAKAN lama saya ini, Azam, sudah lama mengajak untuk bertemu. Katanya ada hal penting. Dia hendak mengadu tentang sesuatu yang mengganggu dirinya di rumah yang baru dua minggu disewanya di Gombak.


Katanya, rumah dua bilik yang disewa itu ‘keras’ dan dia sering diganggu ketika tidur. ‘Lembaga yang rupanya tidak jelas itu’ (seperti yang digambarkannya) akan menekan tubuhnya kuat di atas katil dan dia tidak boleh bergerak langsung. Hendak menjerit pun adakalanya tidak keluar suara.
“Banyak kali jadi macam tu. Aku tau ada ‘benda’ yang tinggal dalam rumah tu. Tapi sekarang aku dah tak takut. Cuma susah la. Aku asyik mengantuk di pejabat sebab tak cukup tidur,” ujar Azam, masih cuba berlagak berani.
‘Ah! Dari zaman asrama sampai dah umur 30, lagi-lagi cerita yang sama.’ Bisik hati saya.
Saya pun pernah mengalami kejadian yang sama, tapi tidaklah taksub sangat dengan menokok tambah cerita itu dengan kisah ‘tangan halimunan’ yang merayap di seluruh badan (seperti yang bersungguh-sungguh didakwanya).
“Betul! Aku rasa ada roh yang tak tenteram terperangkap dalam rumah tu,” sambung Azam. Malas hendak berhujah, anak mata hitam saya terus mencari langit.
Hinggalah saya mendengar penjelasan seorang rakan, Dr. Harris, yang mengulas tentang perkara tersebut dari sudut saintifik perubatan melalui penulisan dalam blog peribadinya. Nah Azam, cuba baca ini!
Sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).
Ditindih Hantu atau paralisis?
Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.
Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.
Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).
Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan.

Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku.
Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan.
APABILA mula sedar dari tidur, Sistem Pengaktifan Retikular (RAS) 'dihidupkan' kembali, namun adakalanya otak mengambil sedikit masa untuk mencetus isyarat elektrikal kepada keseluruhan fungsi tubuh. Itulah yang membuatkan seseorang mendapati dirinya tidak boleh bercakap atau menggerakkan anggota badan.
Ulasan alamcyber2020 -

Maka apa yang terbaik untuk dibaca? Yang terbaik untuk dibaca hanyalah 'Allahu akbar'. Sebut saja Allahu akbar atau Allah Maha Besar. InsyaAllah mana-mana jin yang tindih itu akan serta merta lari dengan hanya menyebutnya sekali atau beberapa kali.

6 ulasan:

shima berkata...

sy selalu kena...kena kuatkan diri utk bukak mulut baca Allahu Akbar byk2 kali baru benda tu hilang

Unknown berkata...

dulu pernah kena..tp skrang tak lagi..dok cayer kene tindih je dulu2..sikit2 antu, ehehe :p

namialus67 berkata...

Walaupun kajian sains kata tiada istilah "Kena tindih hantu",namun kita kena percaya kewujudan makhluk halus yang selalu menggangu manusia.Saya pun dulu selalu kena.Sejak saya amalkan baca bismillah 21x sebelum tidur alhamdulillah dah ok.Yang penting jika kena baca "Allahu Akbar" banyak2 kali,insyallah terlepas dari kena tindih.Thanks Shima atas komen anda.

Tanpa Nama berkata...

paralisis rupanya..sy nak tanya sikit ni..mcm mana nak buat kategori dlm blog ya..dh try carik kt tenet..tk jumpa pulak..

Spongebob Tercekik berkata...

kalau susah nak bangun kena tindih selimut tu kira camne lak

namialus67 berkata...

Kes kena tindih selimut ni banyak yang dah kena,terutama waktu azan subuh berkumandang lagi la berat selimut tu tindih kita.Mata pulak bagai ditarik2 supaya terus tidur.Yang ini nak kena muhasabah diri la gamaknya...

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: