NUFFNANG

Ahad, Februari 12, 2012

Gempar Pelawat asing di Amazon

Hutan Amazon di Brazil adalah dalam kawasan yang telah terkenal kerana mengalami banyak aktiviti pendaratan UFO.Di mana kerajaan Brazil telah menjalankan "Operasi UFO" (atau Prato Operation) di dalam hutan ini selama bertahun-tahun! Pada mulanya, kerajaan
Brazil menafikan operasi ini, bagaimanapun mereka akhirnya mengakui bahawa ia telah berlaku dan mengeluarkan sejumlah besar fail yang berkaitan dengannya.


Dua pelancong British telah melawat hutan Amazon.Untuk membuat Penggambaran mengenai anak-anak orang asli di kampung itu, mereka tidak sedar bahawa mereka juga telah terakam alien pada kamera mereka!! penulis paranormal Michael Cohen telah membeli rakaman tersebut dari dua pelancong British tadi.
Adakah makhluk yang di rakam secara tidak sengaja ini adalah pengunjung dari angkasa lepas?
Makhluk itu hanya berdiri bebeapa meter dari kawasan pengambaran,makhluk yang tidak di kenali ini boleh menjadi bukti akan kewujudan makhluk UFO,membuktikan bahawa kita tidak bersendirian di alam semesta ini.


Semasa pengambaran itu kamera hanya tertumpu kepada sesetengah kanak-kanak orang asli amazon sedang bermain,tetapi di dalam rakaman itu kelihatan satu cahaya berhampiran makhluk asing itu.Makhluk asing itu kelihatan begitu jelas sekali berdiri di sebelah kanan pokok.
Penulis paranormal Encik Cohen,yang mengendalikan laman web allnewsweb.com mengatakan inilah rakaman yang sangat menarik dan membuktikan kewujudan makhluk asing iaitu UFO.Ia datang ke rantau ini, Yang di kenali begitu aktif dengan kehadiran UFO.Ia agak jelas bahawa alien begitu berminat dengan kepelbagaian biologi yang terdapat di Amazon.


Kawasan ini adalah juga fokus penyiasatan peringkat tinggi kerajaan Brazil yang dikenali sebagai Operasi Prato, di mana tentera telah dihantar untuk memantau dan mengesahkan kehadiran makhluk asing di rantau ini.
Saksikan video berikut

Video UFO terhempas di Russia

2 ulasan:

adam berkata...

kenapa alien tu boncit?

Jom join contest kisah cinta terhangat
http://akuadam.com/

BlogS of Hariyanto berkata...

model bentuk alien-nya serupa dengan alien di film hollywood

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: