Nuffnang Ads

Ahad, Februari 19, 2012

Projek Tentera Avatar AS yang canggih

Tentera AS telah menjalankan satu kajian cara pasukan tentera mereka boleh menggunakan minda untuk mengawal robot  yang akan mengambil tempat askar manusia di medan perang.Advanced Research Projects Agency (DARPA), cabang penyelidikan berteknologi tinggi Pentagon, telah membuat peruntukan $ 7million untuk membuat penyelidikan terhadap projek ini, digelar Avatar.
Dalam filem James Cameron "AVATAR", tentera manusia menggunakan kawalan minda untuk menghuni badan hibrid manusia asing kerana mereka menjalankan perang terhadap penduduk dunia dari jarak yang jauh. Menurut peruntukan DARPA 2013: Program Avatar akan membangunkan askar-askar masa depan,Untuk membolehkan seorang askar manusia mengunakan mesin semi-autonomi yang boleh berjalan dan membolehkan ia bertindak sebagai pembantu askar manusia.
Dalam filem sains fiksyen Avatar, di gambarkan tentera manusia menggunakan kawalan minda untuk memasuki  tubuh kejuruteraan proksi secara genetik.
Laporan yang, dikeluarkan minggu ini oleh oleh wired.com, berkata androids kawalan jauh akan mampu melakukan segala-galanya seperti seorang askar manusia.Mereka mempunyai kebolehan untuk melaksanakan semua tugas seperti seorang askar manusia malahan lebih lagi, termasuk pembersihan bilik, mengawal pos kawalan dan pemulihan mangsa pertempuran,semua melalui alat kawalan jauh melalui minda.


Robot hidup, termasuk Petman Humanoid tidak berkepala,Big Dog dan AlphaDog, robot berkaki empat ini telah direka untuk membawa peralatan.Ciptaan ini telah di gunakan dan terbukti kemampuannya di medan peperangan.Minggu lepas, DARPA telah mengeluarkan video terbaru AlphaDog dan menyatakan bahawa mereka mahu mesin ini untuk berinteraksi dengan askar dalam cara yang sama dengan hubungan di antara binatang yang terlatih dan pengendali.
Source:dailymail

Video Robot Tentera AS " Alpha Dog".


Video Robot Tentera AS "Big Dog".


Video Robot Tentera AS "Petman Humanoid".

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: