Nuffnang Ads

Selasa, Februari 07, 2012

Serangga terpanjang di dunia ada di Sarawak


LONDON - Seekor mentadak sepanjang tangan manusia yang ditemui di Sarawak menjadi serangga paling panjang di dunia, kata saintis dari Britain.
Spesimen berkenaan ditemui oleh seorang lelaki, Philip Bragg dan kemudiannya diserahkan kepada pencinta alam sekitar Malaysia, Datuk Chan Chew Lun.

Seorang saintis di Muzium Sejarah Alam di London, Paul Brock yang tidak mempunyai kaitan dengan penemuan tersebut berkata, ia tidak disangkal sebagai serangga terpanjang yang pernah ditemui berikutan keganjilan saiznya.
Ia kelihatan seperti sebatang buluh dan serangga berwarna hijau itu mempunyai ukuran 56.7 sentimeter (cm).
Serangga itu berukuran 35.7 cm dari hujung kepala hingga ke abdomen di mana ia mengalahkan rekod serangga terpanjang sebelum ini iaitu Phobaeticus kirbyi berukuran 2.9 cm yang juga berasal dari Borneo.
"Serangga itu mempertahan diri dengan cara bergantung pada ranting pokok dan ia bergerak mengikut arah tiupan angin," kata Brock. - AP








pencinta alam sekitar Malaysia, Datuk Chan Chew Lun










2 ulasan:

hana berkata...

panjang nye..
saye takut dgn serangga..
hihi

kartikel.com berkata...

popular sarawak kejap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: