Nuffnang Ads

Selasa, Mac 06, 2012

Jelajah Malaysia guna basikal unik

TARIK PERHATIAN. Jangan terkejut jika terserempak dengan kelibat warga England, Joff Summerfield, 48, mengayuh basikal pelik ini di kawasan anda kerana ia bukanlah demonstrasi jalanan mahupun pertunjukan percuma.

Basikal yang dikayuh oleh Summerfield adalah replika basikal terawal, Penny Farthing yang mempunyai roda hadapan besar dan amat popular pada akhir kurun ke-19.


Summerfield yang ditemui ketika melalui Jalan Teluk Intan-Bagan Datoh adalah seorang pengumpul barang antik di London dan beliau kini dalam rangka penjelajahan ke seluruh Semenanjung Malaysia menunggang basikal tersebut.
AKSI Summerfield mengayuh basikal 
dalam rangka jelajah Malaysia.
"Ramai penduduk tempatan mahu mencuba basikal ini tetapi saya nasihatkan mereka supaya membatalkan hasrat atas faktor keselamatan. Yang penting, saya mahu mempopularkan basikal ini di Malaysia," katanya.
Jelasnya, saiz rodanya yang besar menjadikan basikal tersebut berbahaya untuk ditunggangi oleh mereka yang tidak mahir.
Jom! Tengok Video Mat Salleh nyanyi Lagu "Basikal Tua"/ Sudirman

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: