Nuffnang Ads

Jumaat, Jun 22, 2012

Bahaya Freemason

LAMBANG FREEMASON...lambang yang dapat dilihat pada mata wang satu dolar Amerika yang digelar sebagai ‘mata satu yang melihat semua’.


GERAKAN Freemason adalah pertubuhan yang amat berbahaya kepada umat Islam. Agenda utama mereka untuk melenyapkan ketaatan beragama serta menghancurkan kesejahteraan masyarakat dunia.


Organisasi Yahudi itu sentiasa bekerja keras bagi merosak kehidupan sosial manusia, politik serta ekonomi sosial manusia.
AMBIL KESEMPATAN...tentera Amerika menceroboh Iraq hanya mengubahnya menjadi negara pembunuhan, penyeksaan dan kehancuran demi kepentingan agenda Freemason.
SIMBOL PERNIAGAAN ZIONIS...Time Warner antara enam perniagaan Zionis yang mengawal 95 peratus media dunia yang menindas dan menutup kebenaran dengan menggunakan simbol ‘mata yang melihat semua.’

Ia ditubuhkan bagi memusuhi semua agama termasuk Islam sebagai seteru utamanya. Antara misi Freemason ialah menyebarkan ideologi ilhadiyah iaitu fahaman tidak mempercayai kewujudan tuhan.

Tujuan tertubuhnya Freemason adalah ke arah pembentukan New World Order (Pemerintahan Dunia Baru) dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan.


Sesetengah ulama Islam menegaskan tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa.


Kemudian, mereka akan melebarkan pemerintahan ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus ke Madinah (Arab Saudi). Pergerakan itu didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan itu turut dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Malah, mereka jelas memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940-an dan 1970-an. Ada juga yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman.

Ulama Islam mengatakan Dajjal itu mirip Firaun yang ditumpaskan Nabi Musa. Firaun mendakwa dirinya sebagai Tuhan dengan menggunakan sihir bagi mengaburi mata rakyatnya dan jika tidak menuruti agamanya, mereka akan dibunuh.

Simbol untuk mengenali Dajjal ialah ia mempunyai mata satu dan inilah simbol Freemason. Agenda Freemason muncul dalam pelbagai bentuk serta propaganda tersembunyi seperti yang diterjemahkan dalam pelbagai filem, kartun, muzik dan media massa.

Bagi Freemason, menguasai bidang ekonomi semata-mata masih tidak mencukupi kerana mereka perlu memerintah dan menguasai seluruh dunia.

Antara pemerintahan yang dapat merealisasikan matlamat mereka adalah memiliki kesatuan ketenteraan seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Seperti yang berlaku di Iraq, tujuan tentera Amerika dikerah ke negara itu hanya untuk kepentingan Freemason. Tentera Amerika mengambil kesempatan menguasai Iraq dengan alasan untuk menjaga keselamatan dan keamanan.

Mereka mendakwa Iraq adalah pembekal senjata nuklear namun tentera Amerika sendiri tidak mendapati senjata nuklear seperti yang ilaporkan.

Selain itu, Freemason turut memanfaatkan Bank Dunia (IMF) bagi mengikat negara dunia ketiga dalam bebanan hutang ketika berdepan dengan krisis ekonomi.

Krisis ekonomi global pada 1997 contohnya ‘menjerat’ negara seperti Indonesia yang terpaksa tunduk kepada kemahuan IMF sehingga mereka terpaksa menanggung beban hutang yang melampau.

Sebab itu, seluruh umat Islam perlu sentiasa diingatkan mengenai musuh yang bakal mereka lawan itu. Segala percaturan di dunia ini dikawal oleh gerakan itu.

Freemason amat bimbang jika seluruh umat Islam bersatu. Justeru, mereka tidak akan berhenti melakukan pelbagai ‘serangan’ bagi menghapuskan negara Islam di seluruh dunia.

Mereka juga menghancurkan anak remaja melalui dadah, pengaruh muzik serta menggunakan simbol syaitan. Golongan itu tidak menyedari ia alat halus yang digunakan untuk memuja syaitan bukannya gaya dan budaya yang membanggakan.

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan Universiti Malaya (UM), Rahimi Md Saad berkata, gerakan atau usaha menghancurkan umat Islam adalah satu sunnatullah yang perlu dihadapi umat sepanjang zaman sejak penciptaan nabi Adam lagi.

“Seperti yang diceritakan Allah di dalam al-Quran melalui surah Shad ayat 79-85, iblis secara jelas memohon keizinan Allah untuk menyesatkan manusia kerana mereka menjadi punca dia dilaknat Allah.

“Allah memberikan keizinan dan Iblis berjanji kepada Allah bahawa dia akan berusaha sekuat tenaga bagi menyesatkan keturunan Adam sehinggalah berlakunya kiamat.

“Dalam menjayakan usaha itu, iblis menjalankan peranannya secara langsung atau menggunakan ‘bala tenteranya’ daripada kalangan manusia sendiri yang berjaya dipengaruhi kehendak dan pemikiran mereka ke arah kesesatan.

“Akhirnya, kelompok manusia inilah yang menjalankan usaha penyesatan terhadap manusia lain,” katanya.

Beliau berkata, jika dilihat kepada sejarah perkembangan Freemason, ia ada kaitan dengan unsur ritual mistik membabitkan penyembahan atau pemujaan syaitan.

“Maka perancangan yang mengagungkan syaitan sama ada sedar atau tidak akan membawa kepada kehancuran manusia.

“Matlamat syaitan hanya satu iaitu menghancurkan manusia dalam apa jua bentuk supaya mereka gagal dalam kehidupan mereka menjadi hamba yang taat kepada Tuhan,” katanya.

Menurutnya, gerakan Freemason berusaha memesongkan umat Islam kerana menyedari umat Islam memiliki pegangan agama dan akidah yang kuat.

“Fokus utama mereka adalah untuk menjauhkan individu Muslim memahami hakikat serta konsep sebenar syariat Islam. Mereka cuba ‘dicairkan’ melalui kefahaman pluralisme yang menganggap semua agama sama di samping menanamkan liberalisme dalam pemikiran sehinggakan agama itu ditafsirkan dengan begitu longgar tanpa sebarang halangan.

“Golongan Freemason sangat halus dalam tindakan mereka kerana didokongi asas pengetahuan mendalam mengenai kelompok sasaran mereka.

“Tidak memeranjatkan jika mereka mengeksploitasi apa saja ruang yang ada bagi mempengaruhi pemikiran manusia. Kelompok yang sukakan hiburan akan dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan yang menyesatkan.

“Golongan terpelajar pula akan dihidangkan aktiviti yang sesuai dengan daya intelek mereka,” katanya.

Rahimi berkata, gerakan Freemason terbabit berlindung di sebalik pelbagai bentuk aktiviti yang membabitkan kehidupan umat Islam.

“Mereka mencari jalan terbaik bagi mendekati pelbagai kelompok kaum Muslimin dengan menggunakan pendekatan mengetuk hati dan minat kelompok berkenaan.

“Mereka mengikuti secara dekat apa yang berlaku dalam kehidupan umat Islam. Kejayaan mereka banyak dibantu penggerak Freemason dalam kalangan orang Islam yang dipengaruhi untuk turut serta dalam gerakan itu.

“Umah yang bertelagah dan berpecah belah membuka ruang kepada gerakan Freemason untuk menguasai umat Islam dengan mudah.

“Ia menjadikan kita lemah dalam segenap aspek sama ada ekonomi, sosial, politik dan pendidikan,” katanya.

Katanya, mereka ingin melihat umat Islam sentiasa ‘bertikaman’ antara satu sama lain.

“Jika diteliti, permusuhan sesama umat Islam kadangkala gagal diredakan walaupun mampu dilakukan kerana ada pihak cuba memastikan ia berterusan demi mencapai matlamat menghancurkan umat Islam,” katanya.

“Dalam memahami agama dan syariat, ramai cerdik pandai umat Islam mengagungkan metodologi ciptaan ilmuwan barat untuk mengkaji serta mentafsirkan kandungan al-Quran bahkan syariat Islam secara keseluruhannya.

“Ada yang mengadaptasi metodologi kajian Bible untuk mengkaji serta mentafsirkan al-Quran. Akibatnya masyarakat awam menjadi keliru mengenai Islam,” katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan umat Islam sedar ancaman Freemason, mereka wajar menilai perkembangan di sekitar mereka.

“Jangan anggap aktiviti ‘negatif’ saja menjadi medan golongan itu mempengaruhi pemikiran umat Islam kerana aktiviti yang ‘positif’ juga menjadi ruang mereka menguasai pemikiran umat Islam.

“Setiap individu Muslim wajar berusaha membina jatidiri Islami yang kukuh supaya mereka selamat daripada godaan pemesongan Freemason yang mahu menghancurkan umat Islam.

“Saidina Ali pernah mengingatkan bahawa, “Kebenaran yang tidak terancang itu akan dikuasai oleh kebatilan yang dilaksanakan secara terancang”.

Sumber / http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FahamantakpercayaTuhan/Article/index_html

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: