NUFFNANG

Isnin, Julai 09, 2012

Khasiat Tembikai Sama Dengan Viagra ?

NORTH CAROLINA - Buah tembikai mempunyai kesan menakjubkan terhadap lelaki seperti mana ubat viagra, kata para penyelidik di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar.
Beberapa ujian menunjukkan buah tersebut mengandungi citrulline iaitu satu bahan kimia yang boleh menyantaikan saluran darah seperti mana yang terkandung dalam pil viagra.
Amalan memakan buah tembikai boleh menyebabkan peredaran darah sentiasa sihat dan kulitnya juga mempunyai khasiat.
“Ia adalah satu cara yang baik untuk menyantaikan saluran darah tanpa menggunakan ubat yang mempunyai kesan sampingan,” kata para penyelidik.
Citrulline bertindak balas dengan enzim tubuh apabila diambil dengan jumlah yang besar.
Jangan pandang sebelah mata dengan khasiat Tembikai.
Ia bertukar menjadi asid amino yang dikenali sebagai arginine di mana ia boleh meningkatkan kesihatan jantung, peredaran darah dan sistem imunisasi tubuh.
Menurut penyelidik itu, golongan lelaki mesti mengambil enam potong tembikai untuk mendapatkan kesan yang baik.


Viagra dihasilkan untuk membantu pesakit jantung sebelum para doktor mendapati ubat itu juga mempunyai kesan yang menakjubkan terhadap alat sulit lelaki.


Sumber

Lihat Video

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: