NUFFNANG

Isnin, Julai 16, 2012

Misteri 153 Orang Mengorek Biji Matanya Setelah Menonton Video Ini

Mengikut kisah yang berlegar di internet, 153 orang mengorek matanya sendiri setelah menyaksikan video misteri di laman web Youtube. Video ini dianggap sebagai salah satu video paling mengerikan di dunia internet.

Video yang bernama "Mereana Mordegard Glesgorv" ini telah menyebabkan 153 orang yang menontonnya mengorek matanya sendiri. Banyak orang menganggap kisah ini sebagai kisah benar dan tidak berani menonton rakaman tersebut.


Setiap kali video ini muncul di laman web atau blog, ia selalu dimulakan dengan sebuah kisah yang membuat orang yang membacanya mengigil ketakutan. Begini kisahnya:


"Konon di Youtube ada sebuah video yang bertajuk "Mereana Mordegard Glesgorv". Jika anda mencari video ini, anda tidak akan menemui apapun. Jika anda mencari beberapa kali, anda akan menemukan sesuatu. Namun apa yang boleh anda lihat hanyalah video rakaman 20 minit yang menunjukkan seorang pemuda sedang merenung mata anda tanpa menunjukkan riak wajah dan hanya menyeringai pada 2 saat terakhir."


"Video yang asalnya adalah rakaman 2 minit dan telah dibuang oleh Youtube setelah 153 orang yang menyaksikannya mengorek matanya dan mengirimnya (mata mereka) ke Pejabat utama Youtube di San Bruno.


Menurut cerita, banyak orang yang juga melakukan bunuh diri dengan berbagai cara setelah menonton video itu. Sampai sekarang masih belum diketahui bagaimana mereka boleh mengirim mata mereka setelah mencongkelnya keluar. Dan pesanan misteri yang diukir mereka di lengan juga masih belum dapat di huraikan."


"Youtube menampilkan rakaman 20 minit adalah untuk menghilangkan kebimbangan supaya orang-orang tidak akan mencari video aslinya dan menguploadnya. Video itu juga pernah disaksikan oleh salah seorang staff Youtube yang kemudian menjerit setelah minit ke-45. 


Staff ini kemudian diberikan dengan ubat penenang dan seolah-olah ia tidak ingat dengan apa yang telah disaksikannya. Orang lain yang berada di pejabat yang sama dengannya juga menyaksikan video itu dan mematikannya mengatakan mereka hanya mendengar suara "bor" yang melengking tinggi. Tidak ada seorang dari mereka yang berani melihat ke layar komputer ketika itu."


"Orang yang mengupload video itu tidak pernah ditemui, IP Adress yang tercatat ternyata tidak pernah ada. Dan pemuda yang ada di video itu tidak pernah dikenal identiti pengenalannya."Mungkin kisah ini mengingatkan anda dengan filem mengerikan yang berjudul "The Ring". Jika filem ini berdasarkan pada kisah nyata, maka saya rasa sebahagian dari anda akan memutuskan untuk berhenti menonton Tv.
Pemuda Misteri


Pemuda yang ada di video itu tidak pernah dapat dikesan pengenalan dirinya,nama pemuda itu tidak diketahui, namun Brokeanddrive ternyata hanya mengambil gambar yang ditemuinya di forum cracked.com (diupload 12 Jun 2005) dan mengubahnya menjadi sebuah video. Gambar pemuda yang sama juga boleh dijumpai di lamanweb, sebuah laman web design and art.
Ini gambar yang digunakan oleh hillmancurtis.com.
Hebatnya, setelah Brokeanddrive mengupload video tersebut, beberapa orang lain mulai membuat video serupa dengan berbagai versi dan tempoh rakaman yang berlainan. Ini turut membuat kisah seram dan video tersebut menjadi kisah yang popular di dunia, termasuk di Malaysia.


Penipuan ini kemudian disahkan oleh Brokeanddrive sendiri. Ketika di temubual PBS.org, ia berkata:
"Selama beberapa hari pertama, aku menyaksikan dengan rasa takjub kerana jumlah orang yang melihat video itu terus bertambah dan bertambah. Kalau aku tidak salah ingat,pada hari kedua, video aku kembali diupload ke Youtube oleh orang lain. Satu, dua,hingga empat hingga dua belas video. Dan tindakan itu telah membantu penyebaran yang tiada henti."


"Aku paling suka dengan video yang menunjukkan adanya sorot lampu di kepala pemuda tersebut yang berakhir dengan jeritan Michael Jackson. Aku menerima beberapa email mengenai video itu, dan kebanyakan aku hanya membalas mereka dengan: 'Tidak, bukan aku yang mengupload video itu.Ternyata semuanya hanya sebuah pembohongan internet.


Ok sekarang anda telah mengetahui sejarah video ini dan video ini hanya sebuah pembohongan, tentu anda tidak akan takut lagi menyaksikan video tersebut. Kerana itu sekarang saya akan meunjukkan kepada anda video yang dirakam selama dua minit untuk anda tonton. Saya yakin anda tidak akan menjerit ketakutan.


SELAMAT MENONTON !!!

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: