NUFFNANG

Ahad, Ogos 12, 2012

Pemuda Solat di Atas Teksi di New York Jadi Tontonan Ramai

Pemuda Solat di Atas Teksi di New York Jadi Tontonan Ramai? Jangan malu,Solat adalah kewajipan seorang yang mengaku muslim dan tiang agama. Kaum muslim harus menunaikan solat wajib lima waktu dalam satu hari. Untuk anda yang tinggal di negara majoriti Islam mungkin tidak ada masaalah. Anda boleh singgah di masjid manapun. Tetapi bagaimana jika tinggal di wilayah majoriti bukan Islam ?



Dalam sebuah video di bawah ini menunjukkan keteguhan seorang muslim menjalankan solat wajib. Tanpa berlengah-lengah dia menunaikan ibadah wajib itu di atas bonet sebuah teksi dengan beralaskan sejadah.Peristiwa itu terjadi di salah satu sudut Kota New York, Amerika Syarikat.Masa tayangan video itu cukup singkat, hanya 34  saat. Kualiti gambarnya pun sangat baik. Mungkin diambil dengan kamera definisi tinggi oleh mat salleh yang melihat kejadian ini.


Dalam video itu kelihatan seorang pemuda solat di atas teksi berada di pinggir jalan, dia tetap khusyuk menunaikan ibadah wajib umat muslim itu. Orang-orang di sekitarnya lalu-lalang sambil sesekali melirik aksi lelaki itu. Mungkin bagi mereka terasa aneh. Maklum saja, sejak peristiwa serangan ke Menara Kembar Pusat Perdagangan Dunia (WTC) sebelas tahun silam, sentimen anti-Islam meningkat di Negeri "Uncle Sam" itu.


LIHAT VIDEO :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Islam itu indah dan mudah....Subhanaallah

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: