Nuffnang Ads

Rabu, September 19, 2012

Awas ! Beras Tiruan Dari Plastik

BANYAK produk tiruan yang dihasilkan dari China. Dari pakaian, mainan, barangan teknologi dan elektrik sehinggalah melibatkan bahan makanan. Tapi benarkah setelah pembongkaran mi palsu, telur palsu, dan susu bayi palsu mengandungi melanin, kini China dikatakan mengeluarkan pula beras tiruan yang diperbuat dari plastik ?

Beras tiruan yang siap dibungkus
Laporan media dari Hongkong menyatakan bahawa beras palsu tersebut sedang dipasarkan di Taiyuan, wilayah Shaanxi, China. Beberapa syarikat media lain seperti dari Singapura dan Vietnam turut mendedahkan tentang pemalsuan makanan tersebut. Sebut fasal tiruan, bagaimanakah agaknya beras tersebut dipalsukan?

Beras tiruan plastik ini dikatakan dibuat dari campuran kentang dan keledek serta diadun dengan plastik supaya berkilat dan dapat dibentuk seperti beras asli, ditambah pula dengan pewangi beras tiruan ianya kelihatan seperti beras asli. Namun langsung tidak berkhasiat malahan merbahaya untuk kesihatan.
Bahan membuat beras palsu, Kentang dan keledek

Bahan campuran utama, Resin plastik

Hasilnya beras tiruan yang seakan-akan beras asli
Plastik umpama toksik di muka bumi, susah untuk reput dan dilupuskan.Begitu jugalah dengan beras tiruan. Sifat plastik itu telah membuatkan butiran beras menjadi keras dan sukar untuk patah. 

Bentuknya sentiasa sempurna iaitu bersaiz lebih panjang daripada beras biasa. Selain bersaiz panjang butiran beras ini juga sangat halus dan nipis. Malah, Warnanya jernih seperti lut sinar berbanding beras asli yang kelihatan seakan warna putih susu. Oleh kerana warnanya sebegitu rupa, air basuhan beras tetap nampak jernih walaupun pertama kali dicuci.

Penyelidikan yang dijalankan keatas kandungan kimia dalam beras tiruan itu turut menemukan suatu yang bahaya. Dikatakan, dengan hanya memakan sebanyak tiga mangkuk dari nasi bukan original itu, hasilnya boleh disamakan seperti menelan satu hingga dua beg plastik. Ditambah harganya yang terlalu murah dan sukar dibezakan dengan beras asli kegiatan penipuan ini sukar dibendung.

LIHAT VIDEO CARA BERAS PALSU DIHASILKAN...PERGHHH!!!

Memakan sebanyak tiga mangkuk dari nasi tiruan, hasilnya boleh disamakan seperti menelan satu hingga dua beg plastik

Dengan erti kata lain, beras tersebut hanya dilihat pada zahir atau bentuk saja.Tapi pada hakikatnya pengguna sebenarnya menelan plastik.Bayangkan jika beras tersebut dijamah pada setiap hari atau seumur hidup.Tentu saja bahaya kesihatan atau pelbagai penyakit kronik sedang menunggu mangsanya.

Beras tiruan dilaporkan telah memasuki negara-negara yang mempunyai kepadatan penduduk di luar bandar yang ramai seperti India, Indonesia, Vietnam dan akhir-akhir ini, Singapura.

Memetik laporan di portal The Star, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau ada mendengar tentang beras palsu dan kementeriannya tidak mengambil ringan perkara ini.


Jadi buat pembaca semua, kami nasihatkan supaya berjaga-jaga ketika membeli beras di pasaran, pastikan beras yang dibeli adalah asli.


LIHAT VIDEO :




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: