Nuffnang Ads

Khamis, September 06, 2012

VIDEO Jelmaan 3 Pocong di Majlis Pernikahan


VIDEO Jelmaan 3 Pocong di Majlis Pernikahan - Warga kampung Klodran geger, Indonesia mengemparkan pekan itu dengan kehadiran tetamu tidak di undang di sebuah majlis pernikahan di kampung mereka. Tetamu ini bukan tetamu biasa, melainkan berbentuk makhluk halus menyerupai POCONG yang turut hadir di majlis pernikahan tersebut.


Jelmaan 3 pocong pada Majlis Pernikahan yang terjadi sebulan lalu ini, dapat dirakam oleh kamera video secara tidak sengaja.

Dalam video tersebut, pocong pertama kelihatan sedang berdiri tepat di depan pelamin pengantin. Pocong ini tepat berdiri di depan Juru Nikah yang ketika itu sedang memberikan penerangan atau nasihat perkahwinan kepada kedua mempelai.

Kemudian pocong kedua dalam keadaan sedang duduk di kerusi di antara para tetamu yang hadir. Namun, para tetamu yang berada disebelah pocong seakan-akan tidak menyedari bahawa di sebelahnya ada pocong sedang duduk dengan santainya.

Sementara pocong ketiga kelihatan bentuknya lebih besar dari dua pocong yang lain. Perkara ini terjadi kerana jelmaan pocong ketiga tepat berdiri di depan orang yang mengambil video.

Sayangnya, wajah ketiga pocong tidak kelihatan jelas dalam video ini. Yang terlihat hanya bentuk sosok pocong yang sedang bersandar di meja yang akan digunakan para tetamu. 
Ini disebabkan kedudukan pocong membelakangi mereka yang mengambil gambar menggunakan handphone.

Memang seram jika di fikirkan perkara ini.Mungkin ada yang dengki dengan pengantin dan tujuan 3 pocong dihantar untuk merosakkan majlis pernikahan ini.

INILAH VIDEO YANG MENGEMPARKAN PENDUDUK ITU :

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: