Nuffnang Ads

Isnin, Oktober 22, 2012

ANTIVIRUS PERCUMA YANG PERLU DIAWASI

Tidak dinafikan, ada pengguna komputer yang keberatan untuk membeli antivirus berbayar. Antara alasan yang diberikan termasuk tiada bajet atau ingin berjimat.
Jadi, mereka lebih suka memilih antivirus percuma yang ada dipasaran. Kalau anda seperti mereka, berikut adalah 4 antivirus percuma yang perlu diawasi sepanjang tahun ini.

1-AVAST FREE ANTIVIRUS 6.0


Menjadi pilihan utama kerana kadar pengesanannya tinggi dan kini berada dalam kelompok terbaik. Dilengkapi dengan ciri imbasan masa nyata untuk web, e-mail, IM, serta P2P, perisian rangkaian imbasan "boot-time", an penyekat gelagat. Ciri tambahannya termasuk plugin status tapak web. Pelindung malware skrip, dan ciri sandbox. Cuma, ketetapan untuk ciri sandbox perlu interaksi pengguna. Ini mungkin boleh mengelirukan pengguna biasa. Tetapi ketetapanya boleh ditukar supaya berfungsi secara automatik, avast! juga kurang menggunakan sumber sistem.

Pembangun : AVAST Software
Tapak Web : http://www.avast.com/free-antivirus-download
Sistem operasi (OS) : Windows 2000, XP, Vista, 2008, & 7.
Lesen : Percuma
Saiz : 61.2 MB
Penilaian : 5 Bintang


2-AVIRA ANTIVIRUS PERSONAL EDITION 12.0
Berkualiti tinggi kerana kadar pengesanan yang cemerlang. Malah dikatakan lebih tinggi daripada antivirus lain. Antivirus percuma ini masih menjadi pilihan ramai, khususnya di kalangan pengguna yang berisiko tinggi. Versi percuma ini tiada ciri imbasan web dan e-mel seperti versi berbayar. Jadi, anda tidak diberikan amaran jika menerima e-mel yang dijangkiti itu telah dibuka dan baru antivirus ini akan bertindak. Iklan yang disertakan juga sering mangganggu setiap kali antivirus ini dikemas kini.

Pembangun : Avira GmbH
Tapak Web : http://www.avira.com/en/avira-free-antivirus
Sistem operasi (OS) : Windows 2000, XP, Vista, & 7
Lesen : Percuma
Saiz : 79.6 MB
Penilaian : 4.5 Bintang


3-PANDA CLOUD ANTIVIRUS 1.5
Satu pilihan bagus kerana senang digunakan dengan ciri kemas kini dan pembuangan malware secara automatik. Kadar pengesanan tinggi dan cloud digunakan untuk kemas kini lebih pantas. Jika senarai hitamnya dikemas kini, semua pengguna yang ada internet akan dilindungi. Ciri penyekat gelagat dan pelindungnya dapat meningkatan tahap keselamatan. Cuma kadangkala tersilap mengesan aplikasi tertentu sebagai malware. Ciri kuarantin secara automatik pula sedikit mengganggu. Antivirus ini menggunakan gabungan khidmat web dan program berasingan.

Pembangunan : Panda Security
Tapak web : http://www.cloudantivirus.com/en/#!/cloud-antivirus-pro-edition
Sistem operasi (OS) : Windows 2000, XP, Vista, & 7
Lesen : Percuma
Saiz : 709 KB Penilaian : 4.5 Bintang


4-MICROSOFT SECURITY ESSENTIAL 2.1
Kadar pengesanan hebat, khasnya yang melibatkan rootkit. Kesilapan pula sedikit, kurang menggunakan sumber sistem dan penyingkiran malware yang dikenali juga bagus. Digemari kerana, kerana tidak melibatkan banyak interaksi pengguna. Kemas kini serta pembuangan ancaman secara automatik. Pendaftaran juga tidak diperlukan dan tiada gangguan iklan seperti antivirus percuma lain. Cuma, prestasi imbasannya sedikit perlahan dan perlukan banyak masa untuk proses kuarantin. Namun, antivirus ini perlukan salinan Windows yang tulen untuk memasangnya.

Pembangun : Microsoft
Tapak web : http://www.microsoft.com/en-us/default.aspx
Sistem operasi (OS) : Windows XP, Vista, & 7
Lesen : Percuma
Saiz : 7.7 MB
Penilaian : 4 Bintang

Sumber : MPC #181 / 2012






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: