NUFFNANG

Isnin, Oktober 01, 2012

Gadis anime ini bernyawa

Penampilan Anastasiya Shpagina yang tidak ubah seperti watak anime Jepun.
KIEV 30 Sept. - Seorang gadis Ukraine, Anastasiya Shpagina sanggup menjalani pembedahan dan mengamalkan diet ketat, semata-mata untuk kelihatan seperti watak dalam filem animasi Jepun.

Dengan mata yang besar dan bercahaya, rambut berwarna terang serta gaya yang menggoda, Shpagina kini dianggap sebagai watak kartun Jepun yang bernyawa.
Dia yang juga merupakan peminat animasi Jepun atau lebih dikenali sebagai anime, turut mempunyai pinggang yang ramping.
Gadis berusia 19 tahun itu yang mengilhamkan gaya daripada animasi kartun dan komputer, turut mempunyai peminat yang ramai di Jepun.
Shpagina dikenali dengan nama Jepun, Fukkacumi.

Gadis yang hanya mempunyai ketinggian 157 sentimeter itu dilaporkan telah mengurangkan berat badannya kepada 38 kilogram dalam cubaannya untuk menjadi watak kartun yang bernyawa.

Dia juga mengaku terpaksa meluangkan masa selama sejam untuk bersolek dengan berhati-hati.

Lagu Jepun Yang Berhantu Nyanyian Mitsumi Itsuwa . . . 


Shpagina turut menjalani pembedahan mata supaya kelihatan serupa dengan watak anime.

Lihat Video Gadis Unik Ini :



Gadis itu juga ada memuat naik video di YouTube yang memberi paduan tentang cara-cara solekan untuk menyerupai watak animasi. - AGENSI

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: