Nuffnang Ads

Selasa, Oktober 30, 2012

Galaxy Note II Yang Gempak

Galaxy Note II ditampilkan dengan ciri-ciri yang mengutamakan kreativiti penggunanya.
SAMSUNG Malaysia Electronics (Samsung) peneraju telefon mudah alih baru-baru ini melancarkan model terbaru telefon pintar Galaxy Note II yang terkini, peranti yang menawarkan pengalaman unik dan ekspresif kandungan kreatif.

Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronic Sdn Bhd., Kwon Jae Hoon berkata, Galaxy Note gerrasi pertama yang dilancarkan tahun lalu merupakan satu penanda aras kepada syarikatnya. Pada tahun ini, pengenalan Galaxy Note II yang dilengkapi dengan kemampuan membantu pengguna menajamkan kreativiti mereka untuk bekerja atau bersantai.

Dibangunkan dengan pengalaman paparan sukar ditandingi serta keunikan dalam ciri-cirinya, pengguna menemui maklumat dan mengguna idea secara pantas, dengan mudah dan menguruskan tugasan dengan berkesan.

Peranti ini direkabentuk untuk membantu memudahkan kreativiti pengguna.

Kelebihannya yang ketara ialah pengguna Pen S dan ciri-ciri dipertingkatkan memberi inspirasi kepada pengguna.

Ciri-cirinya antara lain ialah paparan 5.5- inci HD Super AMOLED Plus menawarkan kecerahan skrin yang luar biasa .

Dengan skrin kadar paparan 16.9 ia memastikan tayangan untuk tontonan video lebih mengujakan kerana ia menawarkan skrin bersaiz besar.

Lebih menarik, Galaxy Note II direka bentuk supaya lebih nipis dan ringan meningkatkan kemampuannya untuk membantu tugasan pengguna.

Penggunaan S Pen

Ciri S Pen yang menakjubkan ialah pengguna boleh menyempurnakan tugasan dengan mudah dan dengan menggunakan kreativiti idea.

Mereka boleh menggabungkan tulisan tangan dengan kandungan digital terus kepada skrin .

Selain itu, butang S Pen ia boleh digunakan untuk pelbagai tugasan termasuk menyunting gambar dan serta menambah warna , dan menulis nota dengan tulisan berkenaan.

Ciri menarik

l Air View -Letakkan S Pen pada skrin tanpa pelru menyertuhnya bagi melihat e-mel. Fail gambar atau video

l Easy Clip- Anda boleh memilih imej kesukaan dengan pantas dengan merangka dan menekan butang S Pen

l Quick Command- Lancarkan aplikasi dan fungsi serba pantas menggunakan short cut

Dengan prosesan 1.6GHz Quad-Core dan HSPA Plus , peranti ini memudahkan penggunaan dengan pelbagai tugasan dan perayauan mudah serta cara memulakan operasi lebih pantas

Dengan platform Android™ 4.1, JellyBean ,peranti ini juga menawarkan tugasan grafik yang menarik.

Ciri-ciri seperti Smart Stay pada kameranya penting bagi mengelakkannya berkeadaan mod tunggu sedia semasa mengesan pengguna di hadapannya

Ciri AllShare® Play membolehkan pengguna berkongsi kandungan peranti ini dengan menyambungkan kepada peranti lain seperti televisyen Samsung HD telefon, tablet dan laptop pada rangkaian yang sama.

Menerusi AllShare Group Cast pula pengguna boleh berkongsi pelbagai fail dokumen dan gambar pada masa sebenar.

Hakikatnya , ciri-ciri yang dimiliki peranti ini menjana kreativiti serta membantu penggunanya dengan lebih mudah merasai keunikan peranti dengan ciri-ciri termaju.

Samsung GALAXY Note kini berada di pasaran pada 19 Oktober lalu dengan tawaran warna putih dan kelabu menerusi pengendali utama seperti Celcom, DiGi and Maxis.

Untuk maklumat lanjut layari www.samsung.com/my or visit Samsung Mobile Malaysia Facebook page at https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.

Link

Lihat Video :

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: