Nuffnang Ads

Isnin, Oktober 15, 2012

Penduduk Pontianak ditimpa hujan ais

Sejumlah ketulan ais yang turun berserta hujan di Pontianak, baru-baru ini. - AGENSI
PONTIANAK , Kalimantan Barat - Bandar Pontianak dan daerah Kubu Raya di sini baru-baru ini, digemparkan dengan fenomena hujan ais berserta angin kencang.

Menurut seorang penduduk tempatan, Dewi, fenomena yang berlaku pada waktu petang itu merupakan kejadian pertama yang melanda bandar ini.

"Pada mulanya, saya menyangka ada orang membaling batu ke arah saya. Namun apabila diteliti, batu tersebut adalah ais dan jumlahnya semakin banyak.
"Ais yang turun berserta hujan lebat itu berukuran seperti batu kerikil," katanya kepada Metrovnews.com.

Seorang lagi penduduk, Erwin Harahap berkata, dia ditimpa hujan ais ketika sedang membaiki radio di belakang rumahnya.

"Rasanya sakit seperti terkena batu," ujarnya.
Pegawai Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Pontianak, Sutikno berkata, fenomena tersebut berlaku disebabkan proses kondensasi di atmosfera melalui lapisan sejuk di atas paras beku.

"Ais akan terbentuk dalam ukuran yang besar, namun saat turun bersama hujan, saiz ais akan berubah menjadi kecil disebabkan perubahan suhu.
"Hujan ais ini akan berlanjutan selama beberapa hari. Oleh itu, penduduk perlu berhati-hati agar tidak terkena ketulan ais," katanya. - AGENSI

VIDEO HUJAN AIS @ HUJAN BATU :

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: