Nuffnang Ads

Khamis, November 01, 2012

Makan telur penyu undang kanser, buah pinggang?

Telur penyu juga bahaya dimakan oleh ibu mengandung kerana berisiko mengalami keguguran.
KERTEH – Tabiat memakan telur penyu, yang semakin meningkat di kalangan rakyat negara ini, boleh menyebabkan penggemar berisiko diserang penyakit kanser dan buah pinggang kerana mengandungi "logam berat" atau merkuri.
Pengerusi Persatuan Khazanah Rakyat Ma’ Daerah (Mekar), Mamat@Muhammad Mat Zain berkata, orang yang memakan telur penyu juga boleh mengalami cirit birit selain telur penyu juga bahaya dimakan oleh ibu mengandung kerana berisiko mengalami keguguran.

Menurutnya, penemuan logam berat dalam telur penyu serta kesan penyakit ke atas manusia itu diketahui hasil kajian yang dilakukan oleh saintis Australia dan Jabatan Perikanan.
Katanya, logam berat sebati dalam telur penyu kerana pembangunan laut berleluasa dan sisa industri yang terdapat dalam laut dimakan oleh penyu.

“Jadi dari segi kesihatan, tabiat memakan telur penyu tidak boleh dijadikan amalan kerana boleh mendatangkan penyakit kepada manusia selain menyumbang kepada masalah kepupusan penyu yang semakin serius.

Masih ramai lagi yang suka memakan dan mencari telur penyu
“Namun, sehingga kini masih ramai lagi yang memakan telur penyu kerana sebaran am mengenai bahaya memakan telur penyu ini kurang meluas,” katanya ketika ditemui pada Bengkel Pemuliharaan Alam dari Perspektif Islam anjuran Mekar di sini.

Kesan memakan telur penyu itu dikupas dalam bengkel berkenaan yang disertai seramai 30 peserta terdiri daripada kalangan imam, pegawai masjid dan penceramah bebas turut mengupas mengenai kesan memakan telur penyu yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.

Slot ceramah pada bengkel itu dikendalikan Pegawai Pejabat Agama Daerah Kemaman, Zulkifli Othman dan Ketua Program Pemuliharaan Penyu dan Tuntung Laut Terengganu - WWF Malaysia, Rahayu Zulkifli.

Menurut Mamat @ Muhammad, kursus itu diadakan untuk memberi kesedaran pemuliharaan penyu dan alam sekitar dari sudut Islam.

Kami pun hendak hidup seperti manusia juga . . .
“Ini bagi menyedarkan umat Islam kerana sebagai khalifah di muka bumi ini tanggungjawab memelihara sesuatu yang hampir pupus (penyu) menjadi satu kewajipan sepertimana yang diberitahu penceramah pada bengkel ini,” katanya.


Penjualan telur penyu masih banyak dijual
Dalam pada itu, katanya, bagi memastikan penyu tidak pupus, pihaknya sedang berusaha berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said agar Kerajaan Negeri mengharamkan penjualan telur penyu sebagaimana yang dilakukan di Sabah dan Sarawak.

Link

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: