NUFFNANG

Rabu, November 07, 2012

Pengesan ikan yang gempak !

KAKI pancing dan nelayan profesional yang sanggup mengeluarkan duit poket seharusnya menjadikan gajet Fishfinder 350C keluaran Garmin sebagai teman setia mereka apabila berada di laut.

Gajet terbaru khusus untuk aktiviti memancing mahupun nelayan profesional, tanda harga RM899 bukanlah masalah besar untuk memiliki satu unit alat canggih berkenaan. 
Sebab itulah Garmin Fishfinder 350C dianggap sebagai alat pengesan ikan serba canggih dan serba boleh. 

Kenapa begitu? Jawapannya ialah kemampuan mengimbas air dengan kuasa 300 watt (RMS) dan teknologi pengesan Garmin HD-ID bersensitif tinggi.

Transduser berganda memaksimumkan prestasi bagi kegunaan air yang dalam atau cetek dengan menawarkan cakupan sudut luas sehingga 120 darjah bagi menyasar kedudukan ikan melangkaui sudut bot anda dan keupayaan mengesan dasar laut sehingga kedalaman 1,500 kaki.

Fishfinder 350C dilengkapi dengan beresolusi tinggi (272 x 480 piksel), warna sepenuhnya (256 warna) dan paparan Sunlight-Readable 5"WQVGA. Warna yang jelas akan membantu anda untuk tidak kehilangan sasaran ikan.
Ciri-ciri lain alat ini ialah butang khusus untuk kegunaan paling umum. Faedah kepada nelayan profesional seperti anda, Fishfinder 350C menampilkan butang khusus pada sisi kanan bagi memudahkan anda menyesuaikan pengaturan yang diperlukan seperti fungsi “Gain”, “Range” dan “Zoom”. 
Jika paparan 5"WQVGA diletakkan secara menegak, Garmin memberikan perbandingan intuitif apabila menggunakan “Split Screen” pada halaman Zoom atau Frekuensi Berganda (Dual Frequency).
Sementara itu, jika bimbang Fishfinder anda hilang, anda boleh mencabut alat ini dari braket dan membawanya bersama apabila beredar dari kapal.

Fishfinder 350C adalah salah satu pengesan ikan paling intuitif di pasaran. 

Pemasangannya hanya mengambil masa beberapa minit dengan menggunakan braket tilt/swivel dan tranduser transom yang sudah disertakan dalam kotak.

SPESIFIKASI 

Demensi Unit, WxHxD: 
15.2 x 15.0 x 4.6 sm

Saiz paparan, WxH:
7.4 x 10.16 sm; Diag 12.7 sm

Resolusi, WxH:
272 x 480 Piksel

Jenis paparan:
WQVGA, 256 warna

Berat:
499 gram

Frekuensi:
200/77 kHz

Kuasa isyarat pancaran: 
300W (RMS)/2,400W 

Kadar voltan: 
10V-28V input

Kedalaman maksimum:
1,500 kaki 

Harga:
RM899

Link

LIHAT VIDEO :

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: