NUFFNANG

Rabu, November 14, 2012

SEJIL 2 Peluru Berpandu Paling Laju Iran

GAMBAR menunjukkan ujian peluru berpandu Sejil 2 dilakukan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan di Iran
TEHERAN - Pihak berkuasa Iran semalam berjaya menguji sebuah peluru berpandu jarak sederhana yang didakwa paling pantas dalam kelasnya dan mampu mencapai sasaran di Israel.

Ujian peluru berpandu Sejil 2 itu mencetuskan reaksi antarabangsa semasa kuasa-kuasa besar dunia menimbang mahu mengenakan sekatan terhadap Iran berhubung program pengayaan uranium.
"Ia telah mengenai sasaran yang ditetapkan," lapor sebuah stesen televisyen di negara itu di sini semalam tanpa memberikan sebarang ulasan lanjut.

Iran mendakwa Sejil dua mampu merentasi jarak sejauh 2,000 kilometer.
Jarak itu merangkumi Israel, kebanyakan negara Arab dan sebahagian Eropah.

Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi berkata, versi Sejil yang terbaru itu amat sukar untuk dimusnahkan oleh pihak musuh kerana ia bergerak amat laju.
Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Gordon Brown berkata, ujian tersebut mencetuskan satu kebimbangan yang serius. - AFP

LIHAT VIDEO :

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: