NUFFNANG

Jumaat, Januari 25, 2013

KES AYAT SUCI AL QURAN DAN MANUSIA DISALIB (UPDATED) MESTI BACA!


Gambar di atas saya rakamkan di kedai serbanika terletak di Seksyen 27, Shah Alam, SELANGOR. Saya dihuhungi dan dijemput beberapa penduduk di sekitar premis terbabit untuk meninjau sendiri penjualan pelbagai perhiasan bertulis ayat Al-Quran di kedai di bawah. 

"Kedai ini sebenarnya didirikan di kawasan parkir. Pekerja, warga Myanmar dan Thailand, tiada warga tempatan," ujar Bob, 42 tahun.

Bob dan beberapa rakan bersama saya, tinggal di kawasan perumahan tidak jauh dari premis perniagaan terbabit. 
Saya perhatikan, majoriti pelanggan kedai itu juga warga Myanmar.

Kami kemudian berjalan ke bahagian belakang kedai dan berikut antara gambar saya rakamkan.

Ayat Al-Quran dicampur-adukkan dengan replika patung manusia disalib.

Bob mendakwa pernah berkunjung ke premis sama pada awal bulan ini.

"Pada ketika itu, patung replika manusia disalib diletakkan di atas bingkai gambar ditulis ayat suci Al-Quran dan kemudian saya asingkan," katanya.
"Awak ugama apa?," soal saya kepada seorang daripada pekerja.

"Buddha," balasnya.
Kami kemudian bergerak ke kaunter pembayaran dan menemui wanita warga Myanmar di bawah. 
Lain sungguh cara pemakaiannya ...
"Taukeh bangsa apa?," soal saya.

"Cina," balasnya.

"Boleh call taukeh sekejap, cakap kita orang mahu jumpa," celah Bob.

"Dia tidak mahu datang," balas wanita itu.

Hairannya, tidak pula saya melihat dia cuba menghubungi taukehnya.

Berhadapan kaunter, saya rakamkan gambar berikut.

Sebelum ini barangkali ramai antara kita membaca butiran berhubung tindakan peguat kuasa Jabatan Agama Islam dan Kementerian Dalam Negeri menyerbu premis menjual makanan bukan milik orang Islam tetapi menggunakan kalimah Allah untuk menarik perhatian pelanggan beragama Islam.
Bagaimanakah pula status premis ini? Premis dikatakan bukan milik peniaga Islam tetapi menjual perhiasan ditulis kalimah Allah dan Rasul? Adakah tindakan itu dibenarkan? 
Jika dibenarkan, , adakah kita semua merestui kaedah barangan terbabit dipamerkan?
Diharapkan pada masa sama, penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor sudi mengambil inisiatif untuk memeriksa dokumen perjalanan dan permit pekerja petugas di kedai itu. 


Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: