Nuffnang Ads

Ahad, Januari 27, 2013

Misteri wanita Shenzhen berbogel

SEORANG wanita tua cuba berbual dengan gadis muda yang telah memakai pakaian selepas dia berjalan dalam keadaan bogel.
SHENZHEN - Seorang gadis mengejutkan sejumlah pejalan kaki apabila dia berjalan dalam keadaan bogel di sebatang jalan raya yang sibuk di Shenzhen, China.

Gelagat gadis itu disiarkan dalam satu klip video selama tujuh minit di sebuah forum di Internet. Video itu menunjukkan beberapa wanita cuba untuk menutup tubuh gadis tersebut dengan pakaian tetapi dia menanggalkannya semula.

Gadis itu turut cuba untuk memukul beberapa orang yang mahu menutup tubuhnya dengan pakaian.

Dia membuang pakaian yang dipakianya di jalanan sebelum terus berjalan.

Seorang pejalan kaki berkata: "Dia menanggalkan pakaian yang dipakaikan padanya. Dia tidak boleh ditolong."

Menurut seorang saksi, gadis itu berjalan di jalanan selama 40 minit.

Beberapa orang berbual sesama mereka mengenai punca yang menyebabkan gadis itu berbogel.

Ada di antara mereka berkata, wanita itu mungkin berada di bawah pengaruh dadah. Gadis itu kemudian dilihat berada di dalam sebuah kedai pakaian dan keluar dengan memakai pakaian.

Menurut seorang pejalan kaki, gadis itu mahu memakai pakaian dengan sukarela.

Seorang wanita tua kemudian mendekati gadis itu dan cuba berbual dengannya namun dia enggan memberikan sebarang reaksi dan terus berjalan.

Wanita tua itu memberitahu pemberita bahawa gadis itu enggan pulang ke rumah dan menolak tawaran untuk dibawa ke rumahnya.

Menurut wanita tua itu, dia yang membeli pakaian untuk gadis itu. Namun, beberapa anggota polis kemudian tiba dan membawa gadis itu menaiki sebuah kereta polis. - Agensi




LIHAT VIDEO YANG MENGEMPARKAN INI . . .

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: