Nuffnang Ads

Selasa, Januari 15, 2013

Rahsia Baju T-Shirt

Tahukah anda bahawa lukisan pada T-shirt yang kita pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Mungkin pada fikiran anda biasa sahaja atau untuk suka-suka. Tetapi bagi sesetengah orang yang melihatnya, mereka menterjemahkan T-shirt yang kita pakai sebagai imej atau peribadi sebenar anda. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.


Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik
Anda gemar memakai T-shirt yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan anda suka mengembara dan aktiviti lasak.

 Di samping itu anda juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, anda memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Anda juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.


Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock
Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai T-shirt dengan gambar personaliti atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Anda digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. 

Anda juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai anda. Kalau anda gemar memakai T-shirt dengan gambar heavymetal, anda merupakan seorang yang nakal dan degil. Anda megah dengan sikap demikian. Kalau anda suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan anda sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau anda suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan anda seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.


Gambar Iklan
Ini menggambarkan anda seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, anda seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa anda seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, anda merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan anda sebagai seorang yang ketinggalan zaman.


Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan
Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, anda dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. 

Anda juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu anda juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan anda sahaja.


Gambar Kolej Atau Universiti
Jika anda seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan anda benar-benar menghargai kolej anda. Sesuailah sekiranya anda menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan anda seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Anda juga sangat menghargai status dan taraf sosial.


Lukisan Tangan
Anda digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Anda juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah anda mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.


Gambar Dengan Warna Neon
Anda sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Anda mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri anda. Individu yang gemar memakai T-shirt seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. 

Rakan-rakan sekeliling anda juga begitu memerlukan anda. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari anda


Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun
Anda digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Anda tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Anda juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan.

Dari segi pergaulan, anda senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.


Kemeja T Yang Ketat
Jika anda suka memakai kemeja T jenis ini, anda digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Anda jarang menunjukkan imej anda yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja anda lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.


Kemeja T Anda Longgar Dan Koyak
Anda benci sikap hipokrit. Anda seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup anda.


T-shirt Kosong
Jika anda sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan anda suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang anda terima, hanya anda sahaja yang mengetahuinya.

 Walaupun demikian, sikap anda sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Anda bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: