Nuffnang Ads

Isnin, Mac 25, 2013

KETAHUI BAHAYA AMALAN ONANI

FAROOQ, pelajar berusia 15 tahun di berasa ada sesuatu perubahan pada dirinya. Tatkala berseorangan, dia mula mengkhayalkan sesuatu yang `indah-indah' bersama wanita.

Dia menyedari, mula tertarik dengan poster-poster wanita yang berpakaian mendedahkan anggota tubuh.
Adakalanya, dia yang mencari sendiri gambar-gambar tersebut di majalah-majalah.

Setelah menatap poster-poster tersebut, Farooq bagaikan `terangsang'. Bagi memenuhi keinginannya, Farooq tiada jalan lain. Dia perlu memainkan peranannya sendiri dengan `bermain-main' kemaluannya. Setelah berasa letih, dia akan berhenti.

Boleh dikatakan Farooq akan melakukannya beberapa kali dalam sehari. Bagi mengelakkan `aktivitinya' sampai ke pengetahuan keluarga, Farooq akan menguncikan diri dalam bilik.

Bagaimanapun, sejak terbaca beberapa rencana di akhbar tentang kesan amalan yang dilakukannya, Farooq bersedia untuk meninggalkan amalan ini.

Perasaan nikmat, seronok dan tenteram yang dinikmati daripada amalan beronani boleh bermula tanpa disengajakan atau disedari oleh si pelakunya.

``Sebagai contoh, seseorang mungkin beroleh keseronokan ini apabila seluar dalam tergesel atau tersentuh pada kemaluannya.

``Apabila dia berasa seronok dengan apa yang dirasai, seseorang itu akan mula ingin menerokainya,'' demikian menurut Ketua Klinik Pakar, Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Malaysia, Dr. Mohd. Ismail Mohd Tambi.

Menurut beliau, selagi seorang merasakan amalan tersebut tidak memudaratkan, maka dia akan terus mengamalkannya.

Selagi, beronani dilakukan sekadar untuk melepaskan perasaan nafsu syahwat, ia tidaklah memudaratkan.

Bagaimanapun, jika ia telah menjadi amalan sehingga menyebabkan seseorang itu ketagih, boleh mengundang mudarat.

Kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi pengajian tinggi berkaitan dengan seksualiti manusia mendapati, lelaki yang beronani dengan kerap dan ganas boleh menghadapi masalah mati pucuk (disfungsi erektil) di kemudian hari.

``Ada lelaki yang beronani hingga memintal dan menarik zakarnya atau wanita yang mengesel kemaluan dengan tuala atau zakar palsu menyebabkan mereka akan hilang kenikmatan dalam melakukan hubungan seksual dengan pasangannya,'' jelas Ismail.

Individu terbabit yang terbiasa dengan amalan ini, tidak mudah mencapai kepuasan seksual dengan cara lain.

Malah, mereka akan berasa resah, tidak tenteram dan gelisah selagi tidak melakukannya.

Amalan beronani atau juga dikenali sebagai melancap (mastubasi) ini bermula dari orientasi seksual manusia yang berusia seawal antara satu hingga dua tahun.

Ia dikenali sebagai fasa uretral. Pada fasa ini, seseorang mula mengenali anggota kemaluan melalui sentuhan.

Adakala, amalan beronani bermula apabila seorang kanak-kanak lelaki menggentel zakar ketika hendak tidur. Dalam keadaan seronok, kanak-kanak itu akan tertidur.

Apa yang membimbangkan kata Ismail, sekiranya mereka tidak dapat meninggalkan amalan setelah berumah tangga, menyebabkan individu terbabit lebih cenderong berseorangan daripada berinteraksi dengan pasangannya.

Sekalipun, ketagihan amalan ini tidak disifatkan sebagai masalah mental, ia boleh menimbulkan tekanan pada mental. Secara tidak langsung, ia akan mendedahkan individu terbabit mengalami kemurungan dan sebagainya.

Atas alasan inilah maka agama melarang amalan beronani.

Selain dianggap satu penyeksaan zahir dan batin, ia juga mendedahkan seseorang kepada keperibadian yang lemah.

``Seseorang itu dilihat sebagai tidak mempunyai jati diri kerana terlalu tunduk kepada hawa nafsu,'' ujarnya.

APA ITU BERONANI?

Amalan merangsang anggota kemaluan sama ada dengan menggunakan tangan atau peralatan tertentu untuk mencapai klimaks atau kepuasan seks. Bagi lelaki ia bertujuan untuk mencapai ejakulasi.

APAKAH CARA YANG DILAKUKAN?

Semasa melakukan onani, individu terbabit biasanya akan:

- Berkhayal

- Merangsang mentalnya dengan menonton video atau cakera padat lucah

- Menatap gambar wanita bogel dan sebagainya

SIAPA YANG BERONANI

Selain lelaki, wanita juga melakukan amalan ini.

TIP ELAK BERONANI:

- Elak bersendirian kerana ia boleh mendorong seseorang berkhayal

- Elakkan membaca novel romantis atau yang mengghairahkan

- Elakkan menonton video atau wayang gambar yang mengghairahkan

- Libatkan diri dalam aktiviti berkumpulan seperti senaman, bersukan dan sebagainya


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: