Nuffnang Ads

Rabu, Mac 06, 2013

KETAHUI KENAPA ISU TUNTUTAN SABAH TIMBUL SEMULA ?


LAHAD DATU (Sabah): Kesultanan Sulu adalah pemerintah beraja tradisional Islam orang Tausug yang meliputi wilayah Basilan, Palawan, Sulu dan Tawi-Tawi di Filipina iaitu Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan bahagian timur Sabah.

Ia diasaskan pada 1457 oleh seorang ulama, Sharif Abu Bakar, yang menyandang gelaran Sultan Shariful Hashim, selepas mengahwini Paramisuli iaitu seorang puteri tempatan.

Beliau kemudian memperkenalkan Kod Undang-undang Sulu (Diwan) pertama berdasarkan Al-Quran dan memperkenalkan institusi politik Islam serta penyatuan Islam sebagai agama rasmi negara.

Pada 1675, setelah tentera Sulu berjaya menyelesaikan perang saudara di Brunei, Sultan Sulu dihadiahkan dengan Borneo Utara (kini timur Sabah).

Bagaimanapun, pada 1878, Sultan Sulu memajakkan Borneo Utara kepada sebuah syarikat Britain.

Kesultanan Sulu menerima pembayaran serahan tahunan bersamaan dengan RM5,000 ($2,007).

Perjanjian itu menyatakan bahawa pajakan adalah kehendak sendiri dan ia sah sehingga akhir zaman.

Kesultanan Sulu kemudiannya berada di bawah kawalan Sepanyol.

Bagaimanapun pada 1885, Sepanyol menandatangani Protokol Madrid dengan Britain dan Jerman bagi melepaskan apa-apa tuntutan ke atas Borneo Utara.

Borneo Utara berada di bawah naungan British dari akhir abad ke-19.

Sejak itu, Malaysia membayar RM5,300 ($2,127) sebagai bayaran serahan setiap tahun kepada Kesultanan Sulu.
Sabah mendapat tempoh singkat kemerdekaan sebelum menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada 1963.

Keturunan mantan Sultan Sulu tidak merebut kembali wilayah berkenaan. Sebaliknya, bersetuju menerima pembayaran serahan berdasarkan perkiraan sebelumnya.

Kesultanan itu berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, iaitu beliau menyerahkan semua kuasa politik kepada Amerika Syarikat.

Filipina, bagaimanapun, terus mengiktiraf Kesultanan Sulu sebagai sebuah entiti berdaulat sehingga kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada 1986.

Kini, terdapat sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III.

Tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak timbul lagi sejak Presiden Ferdinand Marcos membuat perisytiharan dalam awal 1980-an.

Memang isu Sabah pernah menjadi duri dalam daging antara Malaysia dengan Filipina tetapi sudah berlalu dan dilupakan sejak sekian lama.
Ia bagaimanapun timbul semula tiga minggu lalu apabila sekumpulan penceroboh seramai 150 orang yang mengaku mereka pengikut Sultan Sulu mendarat di Lahad Datu, Sabah, bagi menuntut hak menetap di situ.

Antara teori mengapa isu itu ditimbulkan sekarang ialah Sultan Jamalul Kiram III dikatakan tidak puas hati beliau tidak disertakan dalam rundingan damai antara pemerintah Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) pada Oktober tahun lalu.

Beliau lantas bertindak menuntut semula Sabah bagi menjejas proses rundingan damai itu.

Satu lagi teori ialah mereka ingin menuntut bayaran pajakan yang lebih tinggi.

Sejak beberapa tahun yang lalu, keturunan Sultan Sulu telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan Malaysia bagi menuntut bayaran lebih tinggi - sehingga AS$855 juta ($1.06 bilion), tetapi tidak dilayan. - Agensi.

sumber : cyberita.asia1.com.sg

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: