Nuffnang Ads

Khamis, Mac 07, 2013

MNLF NAFI HANTAR ASKAR BANTU PENCEROBOH

PENGERUSI MNLF, Encik Nur Misuari (kiri), yang menafikan terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu mengadakan pertemuan dengan Jamalul Kiram III di selatan Manila.-Foto-AFP
Nur Misuari tidak sangkal ada ahli barisan sertai kumpulan Jamalul Kiram atas kerelaan sendiri
MANILA: Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Encik Nur Misuari, kelmarin menafikan yang beliau mengarahkan penghantaran tentera barisan itu untuk membantu pengikut Jamalul Kiram III, yang menceroboh Sabah.

"Saya membaca laporan akhbar menyatakan elemen MNLF secara aktif terlibat membantu pencerobohan di Sabah. Saya tidak tahu-menahu mengenai (pencerobohan) itu. Tidak ada sesiapa pun memohon kebenaran saya agar (MNLF) terlibat dalam pencerobohan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, di Taguig Cita, selatan Manila.

Encik Misuari, bagaimanapun, berkata mungkin ada beberapa anggota MNLF yang menyertai kumpulan Jamalul Kiram menceroboh Sabah atas kerelaan mereka sendiri.

"Saya tidak terkejut jika ada orang (anggota MNLF) yang memberi sokongan (kepada kumpulan penceroboh) kerana menganggapnya sebagai tanggungjawab mereka. Mereka pergi ke sana tanpa pengetahuan saya," kata beliau yang ditukil Utusan Malaysia.

Menurutnya, beliau sedia membantu menyelesaikan krisis itu, dengan menyatakan cucu saudaranya mempunyai kaitan kekeluargaan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak

Sebelum ini, akhbar Filipina, Inquirer, melaporkan bahawa beribu-ribu rakyat Filipina berketurunan Tausug dari pulau Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi sedang belayar menuju ke Sabah bagi membantu pengganas Sulu.

Pengerusi Majlis Pemerintahan Islam MNLF, Habib Hashim Mudjahab, ditukil sebagai berkata pihaknya tidak boleh lagi menghalang rakyatnya daripada mengambil tindakan.

"Kami bersedih dan kebanyakan rakyat kami, walaupun bukan askar, sedang menuju ke Sabah bagi membantu pengikut Kesultanan Sulu," katanya.

Menurut beliau, sekitar 10,000 kaum Sulu dari Basilan, Sulu, TawiTawi dan Zamboanga sedang belayar menuju ke Sabah sejak malam Isnin lalu bagi membantu pengikut Jamalul Kiram di Lahad Datu, Sabah.

"Mereka akan menggunakan jalan belakang di selatan, laluan yang biasa digunakan kaum pedagang," katanya.

Beliau mendakwa mereka bergerak dalam kumpulan kecil supaya boleh menyusup ke Sabah dengan mudah.

"Sekatan tentera tidak akan berguna. Pengikut kami tahu laluan di situ. Kami melakukannya ketika pentadbiran Ferdinand Marcos dan dengan mudah menyusup ke Sabah dan hidup bersama rakyat di sana," tambah Habib Hashim.

Beliau sebelum ini menasihatkan beberapa komander MNLF supaya tidak pergi ke Sabah bagi membantu sekitar 200 pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu pada 9 Februari lalu.

"Bagaimanapun, Presiden Filipina, Benigno Aquino III, mengeluarkan kenyataan menyokong Malaysia menyebabkan rakyat gelisah dan marah. Presiden perlu sedar jika Tausag ditekan, kami tidak kisah mati demi perjuangan.

"Ia membabitkan soal maruah dan harga diri dan rakyat kami bersedia berkorban," katanya.

SUMBER

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jgn dicontohi pemimpin yg gagal mengawal pengikut sendiri. Bila orang memuji "oh itu sebab kepimpinan ku" bila yang busuk "itu tindakan mereka sendiri" "o.f"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: