NUFFNANG

Jumaat, Mac 08, 2013

PBB MAHU KRISIS DITAMATKAN SEGERA !

ENCIK BAN: Bimbang kesan pencerobohan kumpulan militan yang mendakwa diri mereka sebagai tentera Kesultanan Sulu itu terhadap penduduk Sabah. - Foto AFP

8 Mar 2013
KRISIS DI SABAH
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam melahirkan kebimbangannya terhadap suasana di Sabah, sambil menggesa agar ditamatkan segera keganasan antara kumpulan penceroboh Filipina dengan pihak berkuasa Malaysia di sana.

"Setiausaha Agung sedang meneliti suasana di Sabah, Malaysia. Beliau menggesa supaya dihentikan keganasan dan menggalak agar diadakan dialog antara semua pihak bagi mencapai penyelesaian aman terhadap suasana itu," kata satu kenyataan yang dikeluarkan jurucakap Encik Ban.

Pihak berkuasa Malaysia sedang bertempur dengan kumpulan tersebut yang terdiri daripada 180 militan Filipina, termasuk ada yang dilengkapi dengan senjata berat.

Kumpulan tersebut mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di selatan Filipina.

Kumpulan itu dipercayai tiba di Sabah awal Februari lalu dalam usaha menuntut semula wilayah mereka di negeri timur Malaysia itu.

Kelmarin, pihak tentera Malaysia melancarkan serangan udara di bandar kawasan pantai Lahad Datu, tempat para militan Filipina itu dipercayai bersembunyi.

Serangan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 23 warga Filipina dan lapan anggota polis Malaysia maut.

Dalam kenyataan itu, Encik Ban juga melahirkan kebimbangannya terhadap "kemungkinan kesan suasana itu ke atas penduduk awam, termasuk para pendatang di wilayah itu" dan menggesa semua pihak supaya "memudahkan pengiriman bantuan kemanusiaan dan bertindak dengan penuh hormat mengikut norma dan piawaian hak asasi manusia".

Sementara itu, akhbar New Straits Times (NST) semalam melaporkan bahawa kira-kira 300,000 anggota masyarakat Suluk setempat di Sabah telah menjauhkan diri mereka daripada tindakan yang diambil kumpulan pengganas dari Filipina itu, yang menceroboh Kampung Tanduo, di Lahad Datu, sejak awal bulan lalu.

Mereka juga menyokong tindakan pasukan keselamatan Malaysia mahu menamatkan kebuntuannya dengan kumpulan militan Filipina itu, sambil menekankan bahawa banyak masa telah diberikan kepada kumpulan bersenjata itu supaya menyerah diri dan pulang ke tanah air mereka. - Agensi.

sumber

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: