NUFFNANG

Khamis, Mac 07, 2013

PENCEROBOHAN SABAH: CAMPUR TANGAN ASING MULAI TERBAYANG

SEKADAR Gambar hiasan
Menurut berita terkini dari The Star hari ini (7 Mac), Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu telah menyeru supaya diadakan dialog antara pihak yang terlibat untuk mencari penyelesaian kepada situasi di Sabah dan juga menyeru supaya diberikan bantuan kemanusiaan.

Bagitu cepat Bangsa-bangsa Bersatu memberikan perhatian kepada kes yang terpencil ini. Siapakah yang  dimaksudkan dengan pihak-pihak terlibat yang memerlukan Malaysia berunding dengan mereka? Adakah PBB mahu Malaysia berunding dengan pengganas dan penjenayah yang menuntut Sabah sebagai hak mereka?Adakah PBB memikirkan kebangkitan ini menyamai apa yang berlaku di negara-negara Afrika?

Kerajaan Malaysia telah pun berunding dengan kerajaan Filipina yang memberikan maklumat tentang ada pihak ketiga yang terlibat. Adakah PBB mahu Malaysia berunding dengan pihak-pihak lain lagi?

Ini adalah permulaan ke arah campur tangan asing yang kita boleh bayangkan berada di belakang kuasa PBB yang mengambil kesempatan untuk mengadakan tekanan politik ke atas kerajaan Malaysia sebelum pun Malaysia membuat pengaduan kepada pertubuhan dunia itu.

Adalah lebih baik bagi Perdana Menteri Malaysia mengistiharkan segera pembubaran Parlimen untuk diadakan pilihan raya segera dari membiarkan situasi di Sabah membawa kepada campur tangan Amerika Syarikat dan kuasa asing yang lebih sayangkan ejen-ejennya di Malaysia dari Datuk Najib sendiri.

SUMBER


Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: