NUFFNANG

Ahad, Mac 03, 2013

PRESIDEN FILIPINA MAHU PENCEROBOH SABAH SERAH DIRI

PRESIDEN BENIGNO AQUINO III

MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino III mendesak anggota dan pengikut Sultan Sulu, Jamalul Kiram III yang menawan sebuah kampung di Sabah supaya menyerah diri.

Dalam satu kenyataannya di Istana Malacanang di sini, Aquino membuat gesaan itu bagi mengelakkan pertumpahan darah berterusan.

Dalam kenyataan yang ditujukan kepada adik Kiram III, Raja Muda Agbimuddin Kiram, Aquino meminta dia dan anggota kumpulannya "menyerah diri serta-merta tanpa syarat".

Sebanyak 12 pengikut Agbimuddin dan dua komando polis Malaysia terbunuh dalam pertempuran pasukan komando polis Malaysia dengan lebih 200 pengikut raja muda itu.

Mereka belayar menaiki bot lebih dua minggu lalu untuk menuntut hak ke atas Sabah dengan alasan negeri berkenaan pernah menjadi tanah jajahan kesultanan Islam Sulu sebelum dipajakkan kepada penjajah British pada tahun 1870-an. - Agensi.

sumber

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: