Nuffnang Ads

Rabu, April 10, 2013

BALASAN SAMSENG SEKOLAH TERLAMPAU

Inilah wajah-wajah pelaku utama samseng sekolah  terlampau
KUALA LUMPUR - Sekumpulan samseng sebuah sekolah menengah kini tidak senang duduk apabila rakaman mengenai tindakan mereka membelasah seorang ketua kelas tersebar di laman sosial Youtube dan Facebook.

GAMBAR dari video yang tersebar di internet menunjukkan seorang pelajar diterajang oleh samseng.
Video berdurasi 1 minit 32 saat bertajuk 'Ketua tingkatan kena belasah' itu dimuat naik sejak kelmarin memaparkan mangsa dipukul dan diterajang oleh empat pelajar di dalam sebuah bilik darjah. Kepala mangsa turut dihentak dengan tong sampah.

LIHAT VIDEO . . .

Difahamkan, kejadian itu berpunca akibat rasa tidak puas hati antara salah seorang samseng tersebut dengan mangsa yang berusia antara 13 hingga 15 tahun itu.

Tinjauan di laman YouTube mendapati, video tersebut telah ditonton sebanyak beribu kali dan sedang rancak dikongsi di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

PERKEMBANGAN TERKINI KES BULI PELAJAR SEKOLAH:
Hasil semakan dan maklumat orang ramai, pihak PDRM mendapati bahawa klip video kes buli yang tersebar menerusi media sosial yang berlaku pada 4 Mac 2013 lepas telah diselesaikan oleh pihak sekolah bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah.

Tiga pelajar terbabit telah dibuang sekolah dan sehingga kini pihak PDRM tidak menerima sebarang laporan polis dari pihak yang berkenaan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: