NUFFNANG

Isnin, April 15, 2013

MEWAHNYA KERETA PERONDA POLIS . . .

DUBAI: Setiap pemandu tentunya akan berasa cemburu dengan pegawai polis di Dubai.
Ini kerana bandar kaya di Amiriah Arab Bersatu (UAE) itu kini menggunakan kereta sport Lamborghini Aventador bernilai £294,665 ($559,077) sebagai kereta peronda polis dalam bandar.

Dipetik MailOnline, jurucakap pihak berkuasa Dubai berkata kereta pe ronda polis mewah itu mula digunakan bulan lalu dan telah diubah suai menjadi kereta peronda berkuasa tinggi dan mampu mengejar penjenayah di lebuh raya.
"Pihak berkuasa Dubai membuat keputusan menggunakan model Aventador sebagai jentera terbaru dalam membanteras jenayah jalanan kerana ia mampu memecut 217 kilometer sejam," katanya.
Pihak berkuasa Dubai juga telah menyebarkan berita mengenai pemilihan hiasan model kereta peronda terbaru itu di laman sosial tempatan.

Tahun lalu, polis Dubai mengguna 50 kenderaan pacuan empat roda, Kia Mohave, dengan 35 daripadanya dijadikan sebagai kereta peronda polis.
Bagaimanapun, polis Dubai bukan yang pertama menggunakan kereta Lamborghini.

Pada 2009, kereta ronda Lamborghini bernilai £150,000 milik polis Italy merempuh dua kereta apabila ia cuba mengelaksebuah kenderaan lain.
Kereta itu, yang mula digunakan oleh pasukan polis Italy pada 2004, mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh digunakan lagi.

LIHAT VIDEO :

Ia boleh mencapai kelajuan sehingga 95 kilometer sejam dalam empat saat. - Agensi.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: