NUFFNANG

Khamis, April 04, 2013

PERKARA YANG HARUS DIELAKKAN SELEPAS MAKAN !

Orang bijaksana dahulu kala, bahkan saintis dewasa ini sering mengatakan dan bersetuju bahawa "anda adalah apa yang anda makan". Tidak kurang juga yang mengatakan segala penyakit adalah dari perut.

Sebelum meneruskan pembacaan tanya diri anda apakah tabiat yang sering anda lakukan selepas makan ? Persoalan ini penting kerana apa yang kita lakukan selepas makan sebenarnya banyak mempengaruhi diet dan sistem pencernaa tubuh kita.

Jika anda sering mengamalkan perkara di bawah, Tidak kira anda seorang lelaki atau perempuan, Cubalah hentikannya dari sekarang !

1. JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN
Ini menyebabkan perut anda kembung. Sebaliknya makanlah buah satu atau dua jam sebelum atau selepas makan. Anggapan orang ramai makan buah selepas makan sebagai pencucui mulut adalah tidak benar.


2. JANGAN MINUM TEH SELEPAS MAKAN
Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang kita makan mengeras, lantas menyukarkan penghadaman. Sebaiknya minum lah air putih sahaja.


3. JANGAN MANDI SELEPAS MAKAN
Sekiranya anda mandi selepas makan, Menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan. Ini mengakibatkan jumlah darah di bahagian perut berkurangan lalu melemahkan sistem penghadaman.


4. JANGAN BANYAK BERJALAN
Sebenarnya berjalan kaki sebaik selepas makan akan menyukarkan sistem penghadaman menyerap khasiat daripada makanan yang dimakan. Tunggulah sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan. Kemudian berjalanlah jika anda mahu.


5. JANGAN TIDUR SELEPAS MAKAN
Jangan sekali-kali tidur sejurus selepas makan kerana makanan yang masuk ke dalam perut akan sukar dihadam dengan sempurna. Tabiat suka tidur selepas makan akhirnya akan menyebabkan masalah usus. Tidur menjadi resah kerana dibuai dengan pelbagai mimpi dan bangun dalam keadaan yang sangat letih.

6. JANGAN MEROKOK SELEPAS MAKAN
Kajian pakar membuktikan bahawa menghisap sebatang rokok selepas makan menyamai menghisap 10 batang rokok. Justeru, risiko diserang kanser adalah lebih tinggi.

7. JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG SELEPAS MAKAN
Tindakan sebegini akan menimbulkan masalah usus dan menyebabkan perut anda boroi.

Sumber : Persatuan keselamatan pengguna (PKPKL)



Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: