Nuffnang Ads

Isnin, April 08, 2013

SIHIR KHAYALAN DALAM PEMBEDAHAN BATIN

ORANG ramai diberi amaran supaya tidak tertipu dengan pusat perubatan yang menawarkan khidmat pembedahan batin kerana rawatan tersebut dilakukan secara sihir.

Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam (Gappima)  berkata, mana-mana individu yang mendakwa mampu melakukan pembedahan dengan menggunakan tangan kosong adalah pengamal sihir.

LIHAT VIDEO . . .
Beliau berkata, kelebihan luar biasa membedah dan mengeluarkan organ dalaman itu tidak terdapat di dalam ajaran Islam sebaliknya dilakukan dengan bantuan jin dan syaitan.
"Bedah batin adalah salah satu cabang sihir yang dipanggil sihir khayalan di mana pandangan manusia ditipu dengan sesuatu yang tidak berlaku.

"Amalan menggunakan jin dan syaitan seperti ini sebenarnya sudah wujud sejak dari zaman Nabi Musa, sekarang ia digunakan untuk menipu melalui sebagai kaedah perubatan," katanya ketika dihubungi.
 Walaupun ada yang mendakwa dapat melihat ahli keluarga dibedah di depan mata mereka, sebenarnya pembedahan itu tidak berlaku.

Katanya, bagi pesakit yang mengaku sembuh atau mendapati ketumbuhan yang dibuang ketika 'dibedah' hilang selepas melakukan x-ray, semua itu bersifat sementara.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pusat rawatan atau individu yang mendakwa mampu menyembuhkan penyakit dengan cara berkenaan.

PENGALAMAN BENAR HAJI ALIAS 65 TAHUN ( Petikan dari AL ISLAM / April 2013 )
Haji Alias,65 menemani seorang rakannya menjalani pembedahan batin pada perutnya yang selalu bermasaalah. Ketika pembedahan sedang berjalan, Dia meminta izin untuk membantu pembedahan tersebut.

 Dia memang nampak pembedahan dilakukan begitu menakjubkan, Usus-usus dikeluarkan dan ada setengahnya dipotong.

Kedua-dua tangannya dipenuhi dengan darah. Sesudah selesai pembedahan, dia membasuh tangan sebelah kanan sahaja. Tangan sebelah kiri yang berlumuran dengan darah segera dimasukkan kedalam saku seluarnya. 

Sesampainya kedalam kereta, dia mengeluarkan tangan kiri dari saku seluarnya. Dia terkejut, kerana setitik darah pun tidak ada ditangan, bau darah juga tidak ada. Sebenarnya apa yang di alami oleh Haji Alias adalah sihir khayalan dalam pembedahan batin sahaja . . .


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: