Nuffnang Ads

Rabu, Mei 29, 2013

GANJIL KELAPA KEMBAR KONGSI TANGKAI

Ramlee menunjukkan kelapa muda dibeli pelik kerana dua biji di satu tangkai.

GUA MUSANG - Mungkin jarang ditemui, dua kelapa berkongsi satu tangkai. Namun itu penemuan pelik penjual air kelapa muda, Ramlee Mohamed, 41, di Kampung Kolam Emas
.
Menurut Ramlee, kelapa muda itu dibeli daripada peniaga kelapa muda dua hari lalu dan tidak menyangka daripada lima kelapa muda dibeli, dua didapati kembar.

“Sebaik mendapati kelapa muda itu pelik kerana dua biji pada satu tangkai.
Pokok kelapa bercabang tiga
"Jadi saya simpan dahulu di rumah sementara menghabiskan kelapa lain dahulu untuk dijual airnya,” katanya.

Beliau berkata, sejak berniaga menjual air kelapa muda lima tahun lalu, inilah kali pertama menemui kejadian sebegitu dan kebiasaannya satu tangkai hanya sebiji kelapa.

“Saya kerap menemui perkara pelik sejak berniaga air kelapa muda dan tebu. Sebelum ini tebu yang ditanam hingga melebihi tujuh meter,’ katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: