Nuffnang Ads

Khamis, Mei 23, 2013

MANUSIA SIPUT DI CHINA

Kita patut bersyukur dengan taraf kehidupan di Malaysia.Cuba baca kisah yang benar-benar berlaku di negara China ini...


Liu Lingchao boleh di gelar manusia siput, kerana beliau sentiasa membawa rumahnya yang seberat 60 kg kemana sahaja beliau pergi.Rumah serba daif ciptaan Lingchao ini di perbuat dari plastik dan buluh yang mampu bertahan dari panas, hujan dan cuaca yang sejuk.
Rumah ini mempunyai keluasan 1.5 meter lebar dan 2.2 meter tinggi serta memuatkan sebuah katil kayu,dan perlatan memasak yang hanya muat untuk dirinya seorang sahaja.

Rumah yang seberat 60kg ini bukan mudah untuk dibawa, namun atas desakan hidup beliau sanggup memikulnya dengan perlahan-lahan di sepanjang jalanraya di bandar-bandar di China persis seperti seekor siput yang sentiasa membawa cengkerang atau rumahnya kemana haiwan ini pergi.

"Saya boleh menetap di mana-mana sahaja yang saya mahu tanpa perlu membeli atau menyewa rumah" kata Liu Lingchao dengan bangganya yang berasal dari Wuzhou City. 

2 ulasan:

orang muo berkata...

Macam macam ada kt cina .. klau di msia jadi bahan ketawa

Tanpa Nama berkata...

Nak hidup...lebih baik daripada merompak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: