Nuffnang Ads

Ahad, Jun 16, 2013

DURIAN ISI MERAH MENJADI TUMPUAN RAMAI

Durian Sukang isinya merah dan manis tetapi kering sedikit
KOTA KINABALU:Kalau "Durian Musang King" mungkin sudah biasa dilihat,Tapi durian merah jarang sekali dapat dilihat apalagi kita dapat menjamahnya.Di Sabah durian unik ini dipanggil sebagai "Durian Hutan",Selalunya ia mudah di jumpai didalam hutan tebal Sabah dan hidup liar.

Inilah rupa pokok Durian Sukang
Di kenali di kalangan masyarakat Kadazan dusun sebagai "Sukang atau Tabelak". Isinya dikatakan lebih nipis manis dan kering berbanding dengan durian biasa yang berisi tebal dan rasanya lebih berkrim.
Bunga Durian Sukang

Menyala-nyala isinya...

Buahnya bersaiz kecil,kira-kira saiz bola sepak takraw, yang dijual pada harga serendah RM2 kepada RM3 apabila tiba musimnya.

Kick bagi yang pernah merasanya...

Pengalaman mereka yang telah merasai buah durian merah untuk kali pertama mendakwa bahawa ia mempunyai lebih kuat "kick".

VIDEO :

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: