Nuffnang Ads

Ahad, Julai 21, 2013

GAME BINAKATA BOLEH MEMBUAT KITA KETAGIH

Inilah game yang menjadi kegilaan sekarang hingga ketagihan...
Bagi pengguna-pengguna baru smartphone android, Lupakanlah game-game lain yang selalu anda main, Cubalah main game yang satu ini. Apa istimewanya game ini? Dulu saya pun bertanya begitu...tetapi selepas download dari play store dan main game ini, Ternyata game ini sangat-sangat berhantu dan membuat kita ketagihan sampai habis bateri.


Sahabat saya "BLACKHARDCORE" telah berjaya menjuarai carta tempat pertama

BinaKata merupakan aplikasi permainan berbahasa melayu yang dibawakan oleh syarikat Fugo kepada pengguna iOS dan Android. Seperti pada nama aplikasi ini, pemain perlu membina pelbagai perkataan daripada huruf-huruf yang diberikan. 

Ia dimainkan secara online, di mana pengguna akan bersaing dengan pengguna lain yang bermain permainan ini serentak. Permainan ini bukan sahaja sangat menarik dan mencabar bahkan ia boleh menambah kosa kata pengguna.

Pada permulaan permainan, pengguna akan diberi nama default iaitu TETAMU. Nama ini tidak boleh diubah sehingga pengguna mencapai tahap ke 4. Pemain boleh memilih 3 cabaran permainan iaitu Klasik, Rasional dan Idealis. 

Setiap cabaran ini mempunyai cara permarkahan yang berbeza walaupun template permainan adalah sama. Disebabkan BinaKata ini bermain secara online, pengguna perlu menunggu sekiranya permainan telah bermula.
 
 Permainan dimulakan dengan pengguna diberi 16 huruf yang disusun secara 4×4. Perkataan dicari dengan menyeretkan jari di huruf-huruf tersebut untuk membina perkataan. Seretan tangan ini boleh pelbagai arah asalkan ia membentuk perkataan yang betul. 

Perkataan yang dibina juga boleh terdiri daripada 3 huruf sehingga boleh ke 9 atau 10 huruf. Perkataan yang berjaya dibina akan dipaparkan pada sebelah atas bahagian kiri skrin. Pengguna diberi masa 1minit 30 saat dalam setiap pusingan. 

Walau bagaimanapun, pada 10 saat terakhir, hanya pengguna versi Pro sahaja boleh meneruskan bagi membina perkataan. Ini adalah kelebihan yang diberikan kepada mereka yang menaik taraf permainan ini kepada versi Pro (in app purchase).
 


Setelah tamat pusingan, BinaKata akan memaparkan semua perkataan yang boleh dibina di dalam pusingan itu dan seterusnya menunjukkan ranking pengguna bersama pemain lain. Permainan akan diteruskan sekiranya pengguna berminat meneruskan perjuangan.
 
Selain itu, pengguna boleh melihat pencapaian mereka di bahagian menu Profil dan Pencapaian. 
 


BinaKata boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store. Melalui smartphone anda.

Adakah anda pernah bermain permainan BinaKata ini? Sesungguhnya ia permainan mengundang ketagihan. Ayuh, mari kita membina perkataan sampai habis bateri...



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: