Nuffnang Ads

Jumaat, Julai 19, 2013

ISRAEL TAHU 3 HARI AWAL RAMPASAN KUASA DI MESIR

Mursi ketika ditahan tentera Mesir minggu lalu.
TEL AVIV  - Penganalisis Tentera Israel, Roni Daniel mendedahkan, Israel telah mengetahui tiga hari lebih awal rancangan Jeneral Abdel Fattah al-Sisi untuk merampas kuasa di Mesir.

Daniel berkata, Abdel Fattah turut meminta Israel memantau pergerakan Hamas di Palestin.

“Abdel Fattah takut kepada Hamas. Beliau meminta Israel melakukan pemantauan ketat di sempadan Gaza dan mengarahkan untuk memusnahkan terowong di Rafah,” katanya dalam temubual televisyen tempatan.

VIDEO PUNCA MURSI DI JATUHKAN :

Menurutnya, rampasan kuasa tentera di Mesir merupakan tindakan yang ditunggu-tunggu Israel dan mereka melaksanakan arah itu dengan segera.

“Abdel Fattah dan Mohamed El-Baradei serta pegawai kerajaan Mesir mempunyai hubungan rapat  Israel. Mereka ada bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum rampasan kuasa itu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata kepada Press TV, ketika pertemuan itu, Israel berjanji membantu untuk melobi serta mendapatkan pengiktirafan Barat dalam pembentukan kerajaan baru.

Sementara itu, sehingga kini penyokong Mursi dan ahli keluarganya masih tidak mengetahui di mana pemimpin itu berada dan kali terakhir media mendedahkan, Mursi telah pun dipindahkan dari pejabat Kementerian Pertahanan ke satu lokasi yang dirahsiakan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: