Nuffnang Ads

Rabu, Julai 31, 2013

KETAHUI KENAPA SYAITAN JADIKAN BILIK AIR SEBAGAI RUMAH

Sebuah hadis, Rasulullah SAW bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah SWT seperti halnya Allah SWT memberikan tempat tinggal anak-anak Adam berada di bumi.

'' Ya Allah, adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal,'' kata iblis.

Allah SWT berfirman;'' Tempat tinggalmu adalah air (bilik mandi atau jamban),'' (HR. Bukhari).

Dari situlah kemudian iblis menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi, jamban atau tandas.

Godaan iblis bermacam cara. Contohnya menggoda manusia agar;

1. Berada lama di dalam bilik mandi.
2. Bernyanyi atau berkata-kata.
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa ipod mendengar muzik).
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri.
5. Membiarkan baju yang kotor tergantung dalam bilik mandi.
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika akan masuk atau keluar dari bilik mandi.
7. Melakukan perkara tidak soapan.
8. Melakukan Wuduk sambil telanjang.
9. Menconteng dinding bilik mandi.
10. Merancang kejahatan.

Oleh itu berhati-hatilah sewaktu berada di dalam bilik air atau bilik mandi. Tips yang baik adalah dengan mandi, buang air dan lain-lain sewajarnya saja. Lebih cepat lebih baik. Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: