Nuffnang Ads

Jumaat, Julai 05, 2013

LAUTAN BERTUKAR JADI PADANG RUMPUT DI CHINA

Lautan di sekitar Beijing China bertukar menjadi sebuah padang rumput yang terbentang luas. Akibat dipenuhi alga apabila tumbuhan tersebut memenuhi pantai dan laut selepas ia dibawa oleh ombak di perairan Laut Kuning.

Beberapa gambar menunjukkan pengunjung pantai berenang dan bermain dalam arus berwarna hijau di timur Qingdao, wilayah Shandong.

Beberapa jentolak turut digunakan untuk memindahkan bertan-tan alga tersebut dari kawasan pantai.
Pentadbiran Lautan China di laman webnya menyatakan bahawa alga yang dikenali sebagai enteromorpha prolifera itu muncul pada minggu lalu.
Ia menular ke kawasan seluas 28,900 kilometer (km) persegi, sekali gus menjadi fenomena alga terbesar di dunia setakat ini.
Rekod tumbuhan alga terbesar sebelum ini dicatatkan pada tahun 2008 yang meliputi kawasan sekitar 13,000km persegi.
Agensi berita Xinhua melaporkan, sejumlah pegawai di Qingdao telah memindahkan sekitar 7,335 tan alga. 

LIHAT VIDEO :

- AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: