Nuffnang Ads

Ahad, Julai 07, 2013

ROBOT LABAH-LABAH TARANTULA BAKAL DIPASARKAN

Robot labah-labah ‘iitsii hexapod’.
Peminat teknologi kejuruteraan tentu teruja dengan berita bahawa satu robot labah-labah bakal dijual lewat tahun ini.“Jika anda tahu sesiapa yang takut kepada labah-labah, anda mungkin mahu usik mereka dengan T8 Spiderbot,”. Robot labah-labah berkenaan dicipta dengan meniru cara labah-labah bergerak dengan menggunakan lapan kaki.

Robot T8 Spiderbot ini dicipta oleh Robugtix. Bagi menggerakkan tubuhnya, T8 mempunyai 26 mesin ‘servo motor’ untuk tujuan itu.

LIHAT VIDEO :


Masuk dalam air

Mesin berkenaan membantu T8 untuk bergerak seperti labah-labah asli yang boleh digunakan dalam apa jua keadaan termasuk dalam air.

Malah, pengendalian T8 cukup mudah kerana pengguna tak perlu memahami mengenai program dan teknik pergerakannya kerana mempunyai alat kawalan ‘XBee nirkabel.’


Mula dijual September 

T8 dijangka mula dijual pada September depan dengan harga AS$1,350 (RM4,050) tetapi perlu membeli alat kawalannya yang berharga AS$85 (RM255). 

Jika tidak mampu atau menganggapnya mahal, ada satu lagi robot labah-labah diberi nama ‘iitsii hexapod’ berkaki enam dan mula dijual pada bulan Ogos dengan harga AS$250 (RM750) satu. 
Labah-labah itu menandakan teknologi robot semakin baik. - AGENSI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: