Nuffnang Ads

Rabu, Ogos 14, 2013

GEMPAR RUMAH PELIK ATAS BUMBUNG BANGUNAN

Rumah pelik atas bumbung bangunan
Seorang penduduk di ibu kota China di sini membina sebuah rumah ganjil di atas bumbung bangunan apartmen setinggi 26 tingkat, menurut beberapa laporan kelmarin.

Kediaman tersebut kelihatan seperti bongkah batu yang dipenuhi pokok dan semak samun.

Menurut laporan berkenaan, kediaman ganjil itu yang terletak di pusat bandar raya ini dibina tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa bandar raya.

Bimbang binaan seluas 1,000 meter persegi itu akan runtuh, beberapa penghuni blok apartmen tersebut telah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan.

Mengulas berhubung isu tersebut, pihak berkuasa di sini menyatakan pihaknya akan merobohkan rumah pelik tersebut.

Seorang pegawai tempatan, Dai Jun berkata, rumah itu akan dirobohkan dalam tempoh 15 hari melainkan pemiliknya mengemukakan bukti ia dibina secara sah.

LIHAT VIDEO 

Dai berkata, pihaknya belum menerima maklum balas daripada pemilik kediaman itu. - Agensi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: