Nuffnang Ads

Isnin, Ogos 12, 2013

KETAHUI KHASIAT POKOK SEMBUKU

POKOK sembuku
POKOK sembuku ialah sejenis parasit yang menumpang pada batang atau di celah-celah pokok besar. Ia menyerupai pokok sarang semut (Hydnophytum) yang juga sejenis parasit.

Nama saintifiknya Myrmecodia Tuberosa daripada keluarga Ruboaceae. Pangkal pokoknya mempunyai umbi yang besar (berbuku) menyebabkan ia digelar sembuku. Namun, di sesetengah tempat tumbuhan ini dipanggil periuk hantu.

Daunnya seperti daun kopi sementara umbinya seperti durian Belanda dan membesar dari semasa ke semasa. Di dalam umbi terdapat banyak rongga pelbagai bentuk dan saiz, di mana rongga-rongga itu berhubungan antara satu sama lain.
Beginilah rupa dalam umbi Pokok Sembuku
Sementara di pangkal umbinya terdapat satu lubang kecil yang menjadi pintu keluar masuk raja semut dan bala tenteranya.

Pokok ini secara tabii merupakan kediaman semula jadi yang lengkap buat generasi semut berbanding sarang buatannya. Namun, di sana terdapat satu hubungan simbiosis antara semut dan sembuku.

Semut yang bersarang di situ membawa makanan ke dalamnya, sementara rembesan atau sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh semut akan diserap oleh sembuku sebagai makanannya.
Umbinya ada yang berbentuk Jantung dan Buah Pinggang manusia
Sembuku yang juga menyerupai bentuk buah pinggang dan jantung manusia dikatakan boleh dijadikan ramuan ubat periuk untuk mengubati sakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis dan paru-paru berair. Namun, nasihat para pengamal, wanita hamil dan kedatangan bulan dilarang meminum air rebusannya.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: